View: 4231|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
'Pihak kolej tempatkan saya di asrama perempuan'
[Copy link]
|
|
NOR Azila menunjukkan MyKad miliknya. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Jelebu: "Saya tidak kisah dan malu mempunyai nama milik seorang wanita walaupun banyak kekeliruan berlaku , namun ia menjadi kenangan manis buat saya," kata Nor Azila Yahaya,60 dari Kampung Kuala Pah di sini.
Dilahirkan di Singapura pada 1963, nama itu didaftarkan arwah ibunya yang ketika itu mengikut arwah ayahnya yang bertugas sebagai anggota tentera British.
Katanya ketika itu ayahnya tiada di sisi ibunya ketika dilahirkan berikutan bertugas sebagai tentera pengaman di di Republik Congo, Afrika.
Katanya menurut arwah ibunya, bagi memaklumkan kelahirannya itu, ibuhanya menghantar telegram memberitahu kelahiran dan memaklumkan nama yang diberi dan arwah ayah tidak membantah nama berkenaan.
"Antara kenangan lucu yang berlaku apabila mula belajar di kolej kemahiran awal 80an dahulu, pihak kolej sangka saya seorang perempuan sehingga mahu ditempatkan di asrama perempuan namun saya pergi ke asrama lelaki sehingga pihak kolej terpaksa mencari.
"Pihak pengurusan maklumkan pelajar perempuan tak boleh tinggal di asrama lelaki dan selepas diberitahu saya seorang lelaki barulah mereka faham dan kekeliruan berlaku disebab ada perubahan pada bin dan binti, namun tidak tahu siapa yang mengubahnya," katanya ketika ditemui.
Nor Azila berkata, pernah juga ketika memohon kerja sebagai pemandu treler pihak majikan menyangka dia seorang wanita kerana pada waktu itu pekerjaan berkenaan tidak ramai disertai kaum wanita.
Katanya permohonannya itu hampir ditolak namun mujurlah dia dipanggil untuk hadir sesi temuduga dan berjaya mendapatkan pekerjaan itu.
Bapa kepada dua anak itu berkata, perkara melucukan turut berlaku ketika anak-anaknya bersekolah kerana menyangkakan anak-anak sengaja mengisi nama ibu dalam pelbagai borang termasuk nama pada buku teks.
Katanya anak-anak terpaksa menerangkan kepada guru mereka bahawa Nor Azila adalah nama ayah mereka yang sebenar.
Menurutnya kebiasaan kekalutan berlaku apabila berlaku kesilapan pihak ketiga terutama membabitkan urusan rasmi apabila sering kalidiubah perkataan bin kepada binti namun dia beranggap adalah perkara lumrah yang sering berlaku.
Dikenali sebagai Zack di kalangan rakan-rakan, Nor Azila mengakui tetap berbangga memiliki dan menggunakan nama berkenaan biarpun adakalanya ramai yang keliru.
"Nama panggilan Zack rakan-rakan yang beri tapi tak tahulah bagaimana boleh dapat nama Zack itu namun ia kekal sehingga hari ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-asrama-perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada sorang kawan, lelaki, nama dia Azlin bin Aziz. Tp hensem and straight, nyah! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|