CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8831|Reply: 0

[Perlis] Projek Mada 2 mampu selesaikan masalah banjir

[Copy link]
Post time 28-9-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

SHAHIDAN Kassim dan isterinya, Shamsiah Yasin menyantuni seorang warga emas di PPS SK Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN



ARAU: Pembaikan saliran air khususnya di kawasan Arau menerusi Projek Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) 2 diharap dapat menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda di beberapa kampung di sini setiap kali hujan lebat.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, antara kawasan yang sering terjejas termasuk berdepan masalah banjir kilat setiap kali hujan adalah seperti Kampung Titi Besi, Kampung Kebun serta Kampung Ulu Pauh.

Katanya, hal demikian disebabkan masalah saliran yang tersumbat selain berada berhampiran kawasan sungai.

“Jadi apabila hujan terlalu lebat maka air tidak dapat dialirkan dengan sempurna ke laut menyebabkan ia melimpah sehingga memasuki kediaman penduduk dan situasi ini bagaimanapun tidak berlaku di Kangar dan Utara Perlis kerana terdapat Lencongan Banjir Barat yang terus mengalirkan air ke laut.

“Namun di Arau ini, kita berharap dengan Projek Mada 2 ini dan kerajaan negeri akan mengeluarkan kenyataan seterusnya berhubung perkara ini.

“Apa yang lebih penting adalah saya akan terus memperjuangkan nasib penduduk di Parlimen Arau ini agar saliran air ini dapat dibuat dengan sempurna dalam perancangan Projek Mada 2,” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Arau di sini, semalam.

Beliau dan isterinya, Datin Seri Shamsiah Yasin meluangkan masa lebih satu jam melawat dan menyantuni mangsa banjir selain menyampaikan bantuan.

Tambah Shahidan, Arau adalah kawasan yang rendah dan apabila hujan lebat maka aliran airnya di saliran longkang, parit serta sungai akan cepat meningkat naik sehingga melimpah melepasi tebing dan menyebabkan penduduk di sekitar kawasan itu terpaksa segera berpindah.

“Kebanyakkan saliran air di sini adalah membabitkan saliran ke bendang dan kawasan penanaman padi di sini juga adalah membabitkan kawal seliaan Mada, jadi apa perancangan yang dibuat pun adalah membabitkan Mada itu sendiri.

“Dalam erti kata lain, meskipun Mada berada di bawah pentadbiran kerajaan Pusat, saya mengharapkan apa jua perancangan Mada di masa hadapan dapat dibabitkan juga kerajaan negeri kerana tanah di sini adalah milik kerajaan negeri jadi dan dalam hal ini masalah rakyat perlu diberi keutamaan dalam penyelesaian masalah secara bersama,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... kan-masalah-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.192881 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list