CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 789|Reply: 0

[Kedah] Pemandu van didenda RM9,500 baling cat, colok ke pagar masjid

[Copy link]
Post time 27-9-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode

S. Velan dijatuhkan hukuman denda RM9,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. FOTO Adie Zulkifli

Kulim: Seorang pemandu van dijatuhkan hukuman denda RM9,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan berasingan mengganggu sensitiviti agama di sebuah masjid di Lunas di sini, minggu lalu.

Tertuduh S Velan, 43, dari Teluk Air Tawar, Butterworth mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mirza Mohamad.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa mengganggu sensitiviti agama dengan membaling cat ke perkarangan masjid kira-kira jam 3.26 pagi pada 19 September di Masjid Jamek Taman Kucai di Lunas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan mengganggu sensitiviti agama dengan membaling colok sembahyang ke hadapan pagar masjid kira-kira jam 2 pagi pada 24 September di masjid yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya S. Pavitramanakala tertuduh diwakili

Peguam Fieza Fazlin Fandi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Dalam rayuan, peguam tertuduh memohon hukuman denda dikurangkan kerana tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sejak ditangkap selain tertuduh menyara isteri dan dua orang anak dengan pendapatan RM1,500 sebagai pemandu van.

Mirza kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,500 bagi pertuduhan kedua.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Velan mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan dadah dengan memasukkan methamphetamine ke dalam badannya.

Dia melakukan kesalahan itu kira-kira jam 6.20 pagi pada 24 September lalu di bahagian Siasatan Narkotik polis daerah Kulim.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 38B akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh idenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan menjalani pengawasansehingga tiga tahun.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jan 2024 untuk tarikh sebutan sementara menunggu laporan patologi.

Ahad lalu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, kejadian jam 3.26 pagi itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) masjid dan susulan itu pengerusi masjid telah membuat laporan jam 10.30 pada hari sama

Fisol berkata, perbuatan suspek berusia 43 tahun itu telah menjadi isu besar di kawasan berkenaan kerana dikaitkan dengan isu agama, malah bahan yang dicampak itu didakwa sebagai lemak babi, namun siasatan mendapati ia tidak benar.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lok-ke-pagar-masjid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.219828 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list