CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 781|Reply: 0

[Kedah] 3 sungai di Kedah lepasi tahap bahaya

[Copy link]
Post time 26-9-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Alor Setar: Paras sungai tiga daerah di negeri ini terus menunjukkan peningkatan melebihi tahap bahaya, susulan hujan lebat semalam.

Berdasarkan maklumat Public Infobanjir setakat 7 pagi tadi, Sungai Anak Bukit di Taman Aman di Kota Setar berada pada 2.69 meter (m) melebihi tahap bahaya 2.6m, manakala Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di Kubang mencatat 22.71m.

Sungai Gurun di Kampung Perupok di sini pula direkodkan pada 3.75m melebihi tahap bahaya 3.5m.

Sementara itu dua sungai melebihi tahap amaran iaitu Sungai Bata di Kampung Jeragan, Kubang Pasu (19.44m) dan Sungai Sari di Kilang Gula, Padang Terap (28.02m).

Sungai Janing di Kampung Labi, Padang Terap pula melebihihi tahap waspada iaitu 25.56m dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di Kota Setar direkod pada 1.48m.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepasi-tahap-bahaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.837407 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list