CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek Agro Tourism Paya Terubong tarikan baharu Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 14-9-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Kon Yeow (tiga dari kiri) menyaksikan pertukaran surat perjanjian antara Aziz (dua dari kiri) dan Kok Aun (tiga dari kanan) di Komtar pada Khamis.



GEORGETOWN - Pulau Pinang akan mempunyai sebuah lagi pusat tarikan pelancongan menerusi Projek Agro Tourism Paya Terubong bernilai RM40 juta yang bakal dibina dua tahun lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif KAT Resources Sdn Bhd, Teoh Kok Aun berkata, daripada nilai itu, KAT Resources Sdn Bhd memperuntukkan RM20 juta kepada agrikultur dan kerja infrastruktur manakala RM20 juta lagi untuk implentasi pembangunan pelancongan.

Beliau berkata, projek tersebut melibatkan kawasan seluas 165.1 hektar yang masih belum diterokai secara terancang selama ini.

Menurutnya, tanah tersebut adalah tanah pajakan yang dimiliki Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

    "Projek Agro Tourism Paya Terubong ini bukan sahaja dirancangkan untuk penanaman dan pembekalan makanan semata-mata, malah ia bertujuan untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi dari segi pelancongan.

"Tanaman buah-buahan yang berhasil tinggi dan berpotensi seperti durian musang king, black torn dan cempedak king akan diberi tumpuan utama dalam pelaksanaan projek ini. la juga dianggapkan sebagai daya tarikan tambahan kepada pelancong.

"Projek in juga melibatkan kawasan rekreasi seperti 'flying fox', mendaki, 'glamping' dan aktiviti-aktiviti luar yang lain. Penyediaan infrastruktur seperti elektrik, air bersih dan tandas akan didirikan mengikut fasa-fasa yang dirancang," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Komtar pada Khamis.

Sebelum itu, Kok Aun menghadiri Majlis Menandatangani Surat Perjanjian Projek Agro Tourism Paya Terubong antara PDC dan Kat Resources Sdn Bhd.

Turur hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Datuk Aziz Bakar.

Menurut Kok Aun, projek itu juga akan dibina anjung pemandangan bagi membolehkan pengunjung menikmati keindahan Pulau Pinang.

"Dianggarkan projek ini akan menjana lebih kurang 400 peluang pekerjaan iaitu 300 untuk sektor pertanian dan 100 untuk sektor pelancongan. la juga dianggarkan membawa hasil RM3 juta daripada hasil tanaman dan RM5juta daripada sektor pelancongan setahun.

"Ini tidak termasuk 'spill over effect' ke atas penghotelan, pengangkutan dan pemakanan yang berhampiran.

"Projek in dijangka akan bermula selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan dijangka siap 10 tahun akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, lokasi pembangunan projek itu sebelum ini terdedah kepada pencerobohan aktiviti pertanian.

Oleh itu, Kon Yeow berkata, menerusi perjanjian itu, kawasan tersebut akan dibangunkan secara sistematik, terancang serta membawa faedah kepada sektor pertanian dan pelancongan negeri.

https://www.sinarharian.com.my/a ... baharu-pulau-pinang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.695789 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list