CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2328|Reply: 5

Teringin Sangat Nak Kahwin Tapi Zakar Tak Boleh Tegang, Muda Lagi Hidap Diabetes Sampai Mati Pucuk

[Copy link]
Post time 11-9-2023 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Amin (bukan nama sebenar) sangat menggemari air berkarbonat sejak kecil sampailah dewasa.


“Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tidak menyambung pengajian sebaliknya terus bekerja.


“Setelah bekerja dan mempunyai wang sendiri, semakin ‘ligat’ saya minum air bergas itu. Setiap hari saya akan beli dan minum air berkarbonat,” katanya yang kini berusia awal 40-an.


Gambar Hiasan




Tambahnya, ada ketikanya dia akan minum bertin-tin minuman tersebut.


Namun begitu, selang beberapa tahun kemudian Amin telah disahkan berdepan masalah diabetes pada usia awal 20-an.


Selain daripada faktor keturunan, pengambilan minuman berkarbonat yang tinggi kandungan gula tersebut telah menjadi faktor dia berdepan penyakit itu.


Lebih buruk, biarpun selepas menghidap diabetes,, Amin masih ‘ketagih’ akan minuman tersebut tanpa rasa bersalah.


“Saya terus mengambil minuman berkarbonat kerana rasa seperti ketagih jika tidak minumnya dalam sehari.


“Saya cuba jugalah mengurangkan pengambilannya atas nasihat doktor,” jelasnya seperti dipetik di Kosmo.


Pada mulanya Amin berasa tiada apa-apa masalah pada tubuhnya ketika diserang diabetes dan atas sebab itu juga dia tidak terlalu menjaga kesihatannya.


Akibatnya, masalah diabetesnya menjadi semakin serius dan Amin perlu mendapatkan suntikan insulin.


Setelah beberapa tahun menghidap penyakit diabetes, Amin mendapati dia mula mengalami masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk.


“Saya mula mendapati zakar saya mula sukar untuk menegang seperti biasa.


“Sebab kepada masalah ini adalah kerana diabetes yang saya hidapi,” terangnya.


Dalam pada itu, Amin merasa malu untuk menceritakan hal tersebut kepada orang lain.


Amin menjelaskan, dia telah mencuba pelbagai perkara untuk menegangkan kembali zakarnya tetapi tetap tidak berjaya.


Malah, dia turut menonton video-video porno bagi membolehkannya terangsang tetapi tidak juga berjaya.


Bukan itu sahaja, Amin menjelaskan, dia sehingga ke tahap pernah mengikuti rakannya ke Thailand untuk mengurut dengan wanita tetapi hal yang sama turut berlaku di mana zakarnya tidak dapat menegang.


Dia juga ada mengambil ubat-ubat tertentu tetapi keputusannya tetap sama.


“Dalam masa yang sama keluarga saya meminta saya untuk berkahwin kerana usia yang semakin meningkat.


“Malah, mereka juga cuba untuk mencari jodoh dengan memperkenalkan saya dengan beberapa wanita.


“Saya mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi dengan masalah yang saya hadapi mungkin akan menyebabkan wanita tersebut tidak mendapat layanan batin sepuasnya daripada saya,” ujarnya.


Dalam pada itu, Amin mengambil keputusan untuk menceritakan hal tersebut kepada teman rapatnya.


Temannya itu cuba membantunya dengan membawa Amin berubat secara kampung tetapi tetap tidak berjaya.


Amin akhirnya reda dengan masalah yang dihadapinya itu kerana dia telah mencuba pelbagai cara, namun masalah lemah tenaga batinnya itu masih tidak diubati.


Kini, Amin berhadapan dengan lagi satu masalah apabila dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang.


Dia menderita masalah buah pinggang itu juga berpunca kerana diabetes.


Bahkan, dia kini perlu menjalani dialisis untuk meneruskan hidup.


“Nasihat saya kepada mereka di luar sana, jagalah kesihatan dengan sebaiknya kerana kesihatan yang baik itu adalah sesuatu yang berharga.


“Jangan mengamalkan cara hidup seperti saya yang mengambil minuman manis sejak muda dan akhirnya berhadapan dengan diabetes serta berlanjutan kepada masalah-masalah lain,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2023 07:24 PM | Show all posts
i pun ada masalah macam ni jugak. tapi bangun pagi elok boner tu ada.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau jadi bottom je la sissy!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 09:26 AM | Show all posts
sian nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Start ambik minuman berkabonat dari kecil lagi. Maknanya parents dia tak tegah ke, kalau sekali sekala ambik ok lagi. Ini sampai tahap ketagih la tu hari2 dok minum air manis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa tred tahun lepas punya macam mana boleh naik balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.358415 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list