CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3329|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPJ P. Pinang keluarkan 59 notis saman

[Copy link]
Post time 7-9-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Anggota JPJ Pulau Pinang ketika menjalankan operasi penguatkuasaan di Teluk Kumbar, semalam.

GEORGE TOWN – Sebanyak 59 notis saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam operasi penguatkuasaan di Teluk Kumbar di sini, semalam.

Ops Khas Motosikal (Ops Merah) kira-kira empat jam bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir pukul 1 tengah hari itu dijalankan di lampu isyarat Jalan Teluk Kumbar, yang merupakan antara sasaran utama dalam Ops Khas Motosikal itu.

Menurut JPJ, Ops Merah itu dijalankan dengan fokus utama untuk mengenal pasti penunggang motosikal yang gagal mematuhi isyarat lampu merah.

“Sebanyak 59 notis saman telah dikeluarkan terhadap penunggang motosikal yang gagal mematuhi isyarat berhenti ketika lampu merah, serta kesalahan-kesalahan lain.

“Antara kesalahan lain yang dikesan ialah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan,” katanya di sini, hari ini.

JPJ berkata, penunggang atau pemilik motosikal dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang- undang yang ditetapkan.

“Mereka juga dinasihatkan agar berhati-hati bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... kan-59-notis-saman/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.170667 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list