View: 2425|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Kerugian cecah RM300,000 akibat fenomena air merah
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/STREAKS_OF_PINK_APPEARED_UN_THE_SEA_OFF_TELUK_BAHANG_89183409_1693726042.jpg)
Fenomena air merah dikesan di perairan Teluk Bahang, minggu lalu. - FAIL NSTP
GEORGETOWN: Fenomena air merah di Teluk Bahang dekat sini, menyebabkan kerugian antara RM200,000 hingga RM300,000 susulan kematian 12 tan ternakan ikan sangkar dalam lima hari sejak insiden itu berlaku Sabtu minggu lalu.
Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol, berkata fenomena alam semula jadi dikaitkan dengan 'algae bloom' itu setakat ini tidak merebak ke tempat lain dan dikesan semakin berkurangan.
"Fenomena itu masih ada tetapi semakin berkurangan dan hanya dikesan berlaku di kawasan Teluk Bahang.
"Ia pernah berlaku cuma kali ini impaknya lebih besar kerana berlaku di kawasan ternakan ikan sangkar," katanya ketika ditemui pemberita pada program jualan Agro MADANI @ Pantai Jerejak di sini, hari ini.
Fahmi berkata, pihaknya mencadangkan penternak terjejas diberi bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau benih ikan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan kehadiran alga spesies Noctiluca Scintillans di perairan Teluk Bahang itu berpunca daripada aktiviti penambakan laut.
"Ia fenomena alam semula jadi. Kita bukan nak berlawan tetapi pihak yang membuat dakwaan sepatutnya mengemukakan data dan fakta yang betul," katanya.
Selasa lalu, Pejabat Perikanan Pulau Pinang dalam satu kenyataan media berkata, kepadatan sel fitoplanton yang tinggi menyebabkan berlaku ledakan alga seterusnya mengakibatkan kematian ikan di perairan Teluk Bahang.
https://www.bharian.com.my/berit ... -fenomena-air-merah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|