CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2911|Reply: 1

[Kedah] Enam peserta ekspedisi kemerdekaan tiba di tanah air

[Copy link]
Post time 29-8-2023 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Enam peserta ekspedisi kemerdekaan tiba di tanah air


Effendy Rashid
am@hmetro.com.my



PESERTA QMEPWK66 yang berlepas dari London, 20 Jun lalu selamat tiba di tanah air, hari ini. FOTO Amiruddin Sahid




Bukit Kayu Hitam: Selepas merentasi 66 bandar dan melalui 16 negara yang meliputi perjalanan sejauh hampir 22,000 kilometer akhirnya peserta Quantum Metal Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66, London-Kuala Lumpur (QMEPWK66) yang berlepas dari London, 20 Jun lalu tiba di tanah air, hari ini.

Peserta yang terdiri Arep Kulal, Asmadi Saad, Effendy Rashid, Mohd Farid Mohd Yusof, Yusyafizal Mohd Yusop dan Ahmad Fadali Baharudin tiba jam 12 tengah hari ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini, disambut pelbagai pihak termasuk wakil Jabatan Imigresen, Tourism Malaysia dan Persatuan Superbikers Malaysia (SAM).

Ekspedisi akan singgah di Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan ke ibu negara bagi menyertai perarakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Putrajaya, pada Khamis ini.

QMEPWK66 membawa misi 'memupuk semangat perpaduan untuk memelihara kedaulatan negara' yang seterusnya memberi gambaran kepada dunia akan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum dalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk yang berjaya.

Program itu ibarat mengimbas kembali kenangan pada 1957, apabila Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membawa watikah pengisytiharan kemerdekaan Malaya dari London.

Sementara itu, Ketua Ekspedisi, Arep Kulal berkata, mereka bersyukur kerana akhirnya selamat kembali ke Malaysia selepas melalui pelbagai rintangan sepanjang perjalanan menaiki motosikal berkuasa tinggi.

"Cabaran yang dilalui amat sukar digambarkan apabila kami berhadapan dengan keadaan jalan raya, etika pemanduan dan cuaca yang berbeza sepanjang laluan yang kami lalui.

"Namun kami bersyukur, segala cabaran itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan ekspedisi demi merealisasikan impian merdeka," katanya ketika ditemui.

Pada sambutan itu, mereka turut diiringi 274 peserta termasuk penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada SAM yang menyertai Konvoi Kembara Merdeka 66 Malaysia Madani.

Timbalan Presiden SAM, Datuk Sulaiman Sami'aan berkata, aktiviti itu sebahagian daripada langkah untuk menyampaikan semangat cinta terhadap negara bagi mengingati perjuangan perit golongan terdahulu untuk mencapai kemerdekaan.

"Hari ini SAM menyambut ketibaan enam peserta QMEPWK66 yang menjayakan misi mereka dari London sebelum berakhir di Putrajaya, Alhamdulillah kesemua mereka selamat tiba dan kita mengatur beberapa aktiviti sampingan untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan tahun ini," katanya.

QMEPWK66 dianjurkan Global Bike Explorer Sdn Bhd, manakala Quantum Metal Sdn Bhd bertindak sebagai penaja utama manakala GB13, KMF Network serta Bullion Suceess Group adalah penaja bersama.



Disiarkan pada: Ogos 29, 2023 @ 6:56pm








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2023 07:38 PM | Show all posts




Peserta ekspedisi bersujud syukur sebaik tiba di pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam selepas menjelajah 22,000 kilometer dari London - Foto NSTP/ Amiruddin Sahib





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.192557 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list