CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2274|Reply: 0

[Pulau Pinang] 9 ditahan kes dera bayi sehingga mati

[Copy link]
Post time 28-8-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-8-2023 05:23 PM

9 ditahan kes dera bayi sehingga mati


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 28, 2023 @ 2:47pm bhnews@bh.com.my







BUKIT MERTAJAM: Polis menahan sembilan individu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi lelaki berusia 12 bulan yang dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner, Tan Cheng San, berkata polis menerima maklumat daripada Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada jam 7 malam kelmarin yang memaklumkan mereka menerima pesakit yang mempunyai kesan dera.

Ketika itu kanak-kanak warga tempatan berkenaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

"Hasil siasatan mangsa (bayi lelaki) itu telah dibawa (ke hospital) oleh seorang lelaki yang tidak dikenali berusia lingkungan 30-an.

"Lelaki itu (suspek) mengatakan si mati pengsan dan memerlukan rawatan sebelum beredar meninggalkan kawasan hospital," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Cheng San berkata, susulan daripada insiden itu polis menjejaki keberadaan suspek sebelum menahan sembilan individu di sekitar Seberang Perai semalam.

"Mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita warga tempatan berusia 16 hingga 48 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes ini.

"Seorang daripada sembilan suspek yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah dalam pelbagai kesalahan.

"Kesemua yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk tujuan reman," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.058131 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list