CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1310|Reply: 0

[Kedah] Lima kampung di Langkawi dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 15-8-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode

SEBUAH rumah penduduk di Kampung Kisap mengalami banjir kilat susulan hujan lebat. FOTO Ihsan pembaca

Langkawi: Lima kampung di dua mukim di pulau ini terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat selama 24 jam, serta angin kencang yang melanda sejak semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, kampung terbabit ialah Kampung Kilim, Sungai Itau, Teluk Yu, Ewa dalam Mukim Ayer Hangat, dan Belanga Pecah (Mukim Kuah).

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk pada 10.30 malam sebelum menghantar sejumlah anggota untuk memberi bantuan awal.

"Beberapa rumah penduduk di lima kampung terbabit dan Jalan Sungai Itau dilaporkan terjejas.

"Bagaimanapun, paras air Sungai Melaka di Kampung Bukit Kemboja dan Padang Matsirat serta Sungai Kuah masih mencatat paras normal iaitu di antara 0.18 meter (m) dan 6.65 m," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahmad Shahfikri berkata, pihaknya turut menerima laporan kejadian pokok tumbang merentangi jalan raya utama, sekali gus menghalang pergerakan lalu lintas di Kampung Kisap berhampiran Galeri Perdana.

"Dalam kesibukan membantu mangsa banjir kilat, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut menangkap seekor ular sawa di dalam longkang rumah penduduk.

"Setakat ini, keadaan cuaca di Langkawi masih hujan di satu dua tempat, manakala ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat pada sebelah petang," katanya.

Beliau berkata, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka selepas air dilaporkan surut mulai 2.22 pagi tadi.

"Sehingga 9 pagi ini, anggota APM masih ditempatkan untuk pemantauan di beberapa kawasan yang berpotensi banjir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilanda-banjir-kilat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.065015 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list