Sambutan tersebut juga dilengkapi dengan sistem bunyi, bahagian pencuci mulut dan juga mesin claw. Selain itu, terdapat juga playground untuk rakan-rakan anaknya bermain.
Menerusi Instagram Story Jasmine, dia menghabiskan sekitar RM50,000 untuk menjayakan majlis hari jadi anaknya itu. Berikut merupakan huraian harga untuk majlis berkenaan:
Dekorasi (RM30,000)
Buffet (RM3,000)
Kereta buggy (RM1,500)
Gula-gula kapas (RM300)
Mesin claw (RM1,000)
Hadiah-hadiah (RM2,000)
3 hari di villa (RM6,600)
Jurugambar (RM2,000)
Anak patung (RM1,000)
IG
“Saya masih ingat wang saya selalu ditolak daripada akaun, dan ia sekitar RM50,000,” katanya.
Youtuber itu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan berhabis sebanyak itu demi hari jadi anak. Pada asalnya, dia hanya mahu menjemput rakan-rakannya sahaja ke majlis tersebut. Namun, dia berubah fikiran kerana mahu memberikan anaknya yang terbaik.
IG
“Sebab saya tak pernah rasa sambutan (hari jadi) yang besar, dan ia sekali seumur hidup, jadi saya putuskan untuk adakan buat Enzo,” katanya lagi.
Sumber: Gempak