CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Pahang] Pelajar autisme tanam cendawan tiram kelabu

[Copy link]
Post time 25-7-2023 12:31 PM | Show all posts |Read mode

PELAJAR autisme selesai menuai cendawan tiram kelabu untuk dibungkus sebelum dipasarkan di kawasan sekitar. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB


KUANTAN: Seramai 11 pelajar autisme di Pusat Pembelajaran Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) Kuantan di Teluk Sisek di sini gigih menceburi bidang penghasilan cendawan tiram kelabu.

Kekurangan dialami pelajar terbabit tidak menjadi penghalang buat mereka menyertai program latihan vokasional itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penyelaras Nasom Kuantan, Liney Diana Ramli berkata, projek itu dimulakan sejak 2020 bagi mendedahkan pelajar dengan gerakan motorik kasar hasil sumbangan modal daripada sebuah syarikat termasuk guru di pusat pembelajaran terbabit.

“Kini terdapat lebih 4,000 bongkah tanaman dan dua rumah penyimpanan dibina di kawasan pusat pembelajaran.

“Kita tuai empat kali dalam satu musim dan untuk sekali tuai kita mampu meraih hasil antara 30 hingga 40 kilogram (kg). Alhamdulillah, ramai pihak menyokong hasil tani anak-anak autisme dan perolehan (jualan), kita agihkan kepada mereka sebagai upah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Liney berkata, cendawan tiram kelabu yang dihasilkan itu perlu segera digredkan dan dibungkus serta diedarkan kepada pelanggan bagi memastikan kualiti rasa termasuk warnanya dapat dikekalkan.

Menurutnya, bagi memastikan kualiti terjamin, pelajar juga didedahkan keadah membungkus dan menimbang cendawan tiram kelabu yang sudah dituai mereka.

“Kerja-kerja terbabit dilakukan dengan bantuan guru di pusat pembelajaran ini. Jadi, di sini kita melatih mereka berdikari dan bekerja secara bersama-sama.

“Kalau kita dapat lihat rata-rata pelajar seronok melakukan tugas diberikan, mereka kelihatan selesa sepanjang terbabit dengan aktiviti ini,” katanya.

Sementara itu katanya, latihan vokasional di pusat pembelajaran Nasom turut membabitkan aktiviti latihan seperti menjahit, berkebun hidroponik, batik, memasak dan bakeri.

Jelasnya, pihaknya sudah menyediakan kebun dalam taman serba lengkap sebagai platform melatih lebih 30 golongan autisme di daerah ini mengenai kemahiran hidup.

“Dengan itu, kita mengambil inisiatif untuk membantu golongan terbabit mendalami asas pertanian sama ada menggunakan kaedah tanaman hidroponik atau aquaponik,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... dawan-tiram-kelabu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.065770 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list