David Beckham mendedahkan masih menyimpan tiket tren London Underground milik isterinya, Victoria Beckham ketika mereka pertama kali bertemu 24 tahun lalu.
Bintang bola sepak terkenal berusia 48 tahun itu berkata, dia menyimpan tiket berkenaan kerana Victoria pernah menulis nombor telefonnya di atas tiket berkenaan dan ia mempunyai memori tersendiri buat mereka.
IG
Dedah David, dia bertemu dengan Victoria sebelum perlawanan bola sepak Manchaster United pada 1997 dan mereka berbual hampir satu jam di ruang menunggu pemain.
"Sejam kami berbual dan sebelum dia pulang, Victoria menulis nombor telefonnya pada tiket tren miliknya yang saya simpan sehingga ke hari ini.
"Detik itulah kami mula berkenalan dan 24 tahun kemudian, kami sudah memiliki empat orang anak," katanya.
Dalam pada itu, David berkata, terlalu banyak perkara luar biasa tentang Victoria yang sukar dijelaskan membuatkan dia terpaut hati dengan anggota kumpulan Spice Girls itu.
"Saya tak mampu nak sebut satu perkara istimewa tentang Victoria kerana dia mempunyai pakej keseluruhan, saya terus jatuh cinta padanya," katanya.
Untuk rekod, David dan Victoria mendirikan rumah tangga pada Julai 1999 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 24, Romeo, 21, Cruz, 18 dan Harper, 12.
. boleh plak pacit db share pic tu. Berisi lg Posh . Pic kawen sheols dh skinny. Posh eating disorder , DB ada ocd. Kena kemas & atur barang ikut "law" heols.
segak heols ms muda2... dlu2 iols penah mnyibuk2 la ms ayah iols tgk premier league zaman mmt ni tgh mndonia.. ayah i pokus game.. i pokus kt acik bekam.
Post time 18-7-2023 03:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Hensemnya beckham. Dlu rasa dia x sesuai dgn posh. Sb posh xlawa sgt. But now posh aging gracefully. Suka tgk posh nmpk kemas. Rutin mkn dia bkn biasa2. Hasilnya meletops