CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli terpaksa guna orang tengah jual getah beku

[Copy link]
Post time 28-6-2023 11:28 AM | Show all posts |Read mode

SEORANG penduduk Orang Asli menunjukkan kebun getah yang miliknya di Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH


GUA MUSANG: Kira-kira 120 pekebun getah Orang Asli di Pos Belatim dan Bihai Lama di sini tiada pilihan lain apabila terpaksa menjual hasil getah pada harga yang murah iaitu dengan anggaran RM1.50 hingga RM1.80 sekilogram melalui orang tengah.

Penduduk mendakwa, mereka terpaksa menjual hasil getah pada harga tersebut kepada orang tengah kerana tidak mampu menjualnya sendiri meskipun harga semasa ketika ini RM2.50 hingga RM2.80 sekilogram.

Penghulu Pos Belatim, Rosli Along, 58, berkata, mereka hanya mampu berpuas hati dengan harga yang ditawarkan orang tengah iaitu bawah daripada RM2 sekilogram.

Katanya, penduduk perlu menjual kepada orang tengah kerana kebanyakan mereka perlu menyewa trak pikap pada harga RM500 untuk perjalanan membawa keluar hasil getah.

“Hanya trak pikap dan motosikal boleh masuk ke kampung ini. Jika penduduk ingin menjualnya sendiri, kami terpaksa menyewa trak pikap.

“Bagi memastikan hasil getah yang diperoleh dapat dijual, kami perlu menjualnya kepada orang tengah. Kami faham, mereka masuk dan bawa keluar hasil bukan mudah dengan keadaaan jalan yang rosak dan berisiko,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pos Belatim di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk, John Asu, 50, berkata, dia berharap orang tengah dapat mempertimbangkan untuk menaikkan harga getah bagi menjamin pendapatan orang asli di pedalaman.

Katanya, kerja menoreh getah menjadi sumber ekonomi utama masyarakat Orang Asli kampung tersebut sejak 10 tahun lalu selepas menerima bantuan Projek Ladang Masyarakat daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Kami tinggal jauh di kawasan pedalaman dan tidak mampu untuk menjual sendiri hasil getah. Jadi, penduduk di sini tiada pilihan apabila perlu menjual kepada pembeli berlesen pada harga
harga RM1.50 sekilogram.

“Sekiranya pihak kerajaan dapat menaikan sedikit harga getah, ia sekurang-kurangnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk Orang Asli,” katanya ketika ditemui di Kampung Bihai Lama, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Belatim, Roireng Ngah berkata, penduduk Orang Asli yang mengusahakan tanaman getah melalui Projek Ladang Masyarakat itu berharap kerajaan dapat campur tangan dalam masalah harga getah.

Katanya, kebanyakan masyarakat Orang Asli di pedalaman masih belum menerima projek untuk masyarakat orang asli di pedalaman.

“Sektor tanaman melibatkan getah, durian atau pisang yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli sebenarnya masih banyak perlu dibantu.

“Kami menerima projek ladang masyarakat iaitu tanaman getah, tetapi pengeluaran hasil membimbangkan kerana masalah jalan perhubungan dan harga yang rendah. Kami harap pihak kerajaan dapat membantu kami terutamanya dalam menstabilkan harga getah,” katanya. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... ah-jual-getah-beku/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.176661 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list