CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Empat beradik kongsi pelamin

[Copy link]
Post time 19-6-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Empat beradik Kampung Gaing Baru, dekat Pedas, di sini, memilih untuk meraikan hari bahagia mereka dengan berkongsi pelamin pada majlis persandingan mereka, semalam. FOTO Ahmad Hasbi

Rembau: Empat beradik dari Kampung Gaing Baru, Pedas, di sini, memilih untuk meraikan hari bahagia mereka dengan berkongsi pelamin pada majlis persandingan dan kesyukuran, semalam.

Majlis dihadiri kira-kira 2,000 tetamu itu diadakan secara bergotong-royong oleh keluarga dan penduduk serta dilakukan mengikut adat tradisi Rembau.

Pengantin Ahmad Khairul Naim Mohd Nurul ShamshulKamar, 31, berkata, tiga daripada pasangan itu berkahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu menyebabkan majlis persandingan terpaksa ditangguhkan.

"Saya dan pasangan Siti Mashitah Ismail, 25, bernikah pada Disember 2020. Adik kedua Muhammad Nurizat Iqbal, 28, dan isteri Nurul Aisyah Rohizam, 27, akad nikah pada Ogos 2020.

"Adik keempat Nur Syafiqah, 26, dan suami Mohammad Zuhaili Hasbullah, 25, berkahwin pada Julai 2021 manakala adik ketiga Muhammad Nurafiq, 27, dan isterinya Nurul Nazurah Isa, 29, melangsungkan perkahwinan pada Februari lalu," kata anak sulung daripada tujuh beradik itu.

Ahmad Khairul Naim yang juga Presiden Asean Youth Digital Business berkata, memandangkan tiga daripada majlis tidak dapat dilangsungkan ketika itu, ibunya Norsida Abd Ghani, 70, mencadangkan supaya kenduri kesyukuran diadakan serentak.

"Ibu memberikan idea kepada kami supaya melakukan majlis kesyukuran sekali.

"Selepas berbincang dengan tiga lagi adik dan pasangan masing-masing, kami bersetuju untuk berkongsi pelamin.

"Ia bukan sahaja menjimatkan kos, malah lebih meriah dan unik. Majlis ini juga masih mengamalkan kerja gotong-royong untuk memasak juadah dengan selera Negeri Sembilan," katanya.

Upacara perarakan empat pengantin itu diiringi paluan kompang oleh Kumpulan Rebana Sri Chembong sambil mengalunkan lagu berarak dalam loghat Minang.

Majlis kemudian diteruskan dengan tiga pertunjukan tarian piring oleh kumpulan sama di hadapan pengantin sebelum diteruskan dengan sesi tepung tawar dan simbolik restu orang tua kepada pasangan pengantin.

Sementara itu, Nur Syafiqah berkata, dia teruja apabila abangnya mencadangkan majlis diadakan serentak dan tidak sabar untuk menunggu ketibaan hari majlis terbabit.

"Upacara persandingan atau majlis kesyukaran sudah semestinya menjadi hari yang ditunggu-tunggu semua pasangan pengantin memandangkan ia akan tercatat dalam sejarah kehidupan seseorang.

"Namun ia lebih manis dan akan diingati apabila empat beradik berkongsi pelamin," katanya yang kini hamil lima bulan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adik-kongsi-pelamin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 12:34 PM | Show all posts
kongsi pelamin aka tumpang pelamin
biasala tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059984 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list