CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Pulau Pinang] P. Pinang perlu sokongan Kerajaan Pusat tangani risiko bekalan air

[Copy link]
Post time 14-6-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode

Sungai Muda merupakan sumber air mentah utama bagi penduduk Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Pulau Pinang amat memerlukan sokongan serta bantuan Kerajaan Pusat untuk menyiapkan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) dan melaksanakan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K. Pathmanathan berkata, ini kerana Pulau Pinang akan kekal berisiko mengalami gangguan bekalan air yang besar apabila berlaku kejadian yang melibatkan Sungai Muda.

“Insiden Sungai Muda pada bulan Mei 2023 baru-baru ini yang menyebabkan kesulitan kepada 453,954 pengguna air di Pulau Pinang menekankan betapa pentingnya MDEP dan SPRWTS.

“Satu lagi insiden Sungai Muda sekiranya berlaku sudah pasti akan menjejaskan bekalan air sehingga 453,954 pengguna di Pulau Pinang (termasuk syarikat pembuatan multinasional yang beroperasi di Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas, Taman Perindustrian Batu Kawan dan Kawasan Perindustrian Bukit Minyak),” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Pathmanathan, kerajaan negeri Pulau Pinang dan PBAPP tidak dapat secara langsung dan sepenuhnya mengurangkan risiko kejadian daripada berulang.

“Ini kerana, Pulau Pinang hanya mempunyai satu sumber air mentah utama iaitu Sungai Muda dan PBAPP mengabstrak air mentah daripada sungai di Lahar Tiang di Seberang Perai.

“Sebahagian daripada Sungai Muda terletak dalam wilayah Kedah dan kawasan tadahan air sungai ini (Kompleks Hutan Ulu Muda) juga terletak di Kedah serta di luar bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang dan PBAPP,” jelasnya.

Beliau memberitahu, pembangunan sumber air mentah untuk Pulau Pinang adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Dalam pada itu, katanya, tanpa MDEP dan SPRWTS yang lengkap, rakyat Pulau Pinang akan menghadapi kesulitan apabila berlaku kejadian yang melibatkan Sungai Muda. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... risiko-bekalan-air/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.053998 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list