CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 2

[Kedah] Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar

[Copy link]
Post time 13-6-2023 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar

13 Jun 2023    05:04pm





Keadaan bahagian dalam kereta yang terbakar. - Foto JBPM




ALOR SETAR - Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, di sini pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, kesemua mereka berusia antara lima tahun hingga 54 tahun.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira di lokasi kejadian pada jam 12.31 tengah hari.

"PGO kemudian mengarahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar keluar ke lokasi kejadian dan turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya.

"Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan sebuah kereta terbakar pada bahagian dalam yang membabitkan tiga mangsa.

"Difahamkan, pemandu kereta itu melecur 80 peratus dan isterinya melecur 30 peratus manakala anak mereka melecur hampir 95 peratus.

"Tindakan pihak bomba adalah memastikan api dipadamkan sepenuhnya dan hasil maklumat yang diperolehi, kebakaran dipadamkan oleh orang awam serta pemilik kedai menggunakan alat pemadam api," katanya ketika dihubungi Awani.

Abdul Rahim berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.




Beliau berkata, setakat ini penilaian peratusan kebakaran itu masih dalam siasatan.

"Peratusan kebakaran kereta Proton Wira terbabit dianggarkan 60 peratus.

"Operasi tamat pada 1.35 tengah hari dan punca kebakaran itu berlaku dalam siasatan," katanya. - Awani





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2023 08:26 PM | Show all posts
Letupan tong gas oksigen punca kereta dinaiki tiga beranak terbakar

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



PROTON Wira dinaiki tiga beranak yang meletup dan terbakar di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22. FOTO ihsan bomba




Alor Setar: Dua beranak yang melecur teruk di muka dan badan selepas Proton Wira dinaiki meletup dan terbakar sedang dirawat di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa yang cedera, Tuah Omar, 54, dan anaknya, Muhammad Firdaus Syawal Abdullah, 5, dipercayai mengalami kecederaan teruk.

Beliau berkata, isteri mangsa, Noor Azlina Abu Bakar, 34, hanya mengalami cedera ringan di tangan.

"Hasil siasatan awal mendapati mereka ke lokasi kejadian iaitu sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22 untuk mengisi dua tabung gas oksigen bantuan pernafasan untuk kegunaan sendiri.

"Selesai mengisi gas, mangsa membawa dua tong gas terbabit ke dalam kereta untuk pulang ke Johor iaitu kampung isterinya di Kempas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, secara tiba-tiba kedua-dua gas terbabit dipercayai meletup sehingga mengakibatkan kebakaran kereta.

Beliau berkata, suami dan anaknya mengalami kecederaan serius di badan sedang mendapat rawatan di zon merah manakala isterinya yang berada di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan ringan dan dirawat di zon kuning.

"Namun siasatan masih dilakukan oleh pihak bomba untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu," katanya.

Media hari ini melaporkan, tiga beranak melecur selepas kereta dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, jam 12.30 tengah hari.

Kanak-kanak lelaki terbabit melecur 95 peratus manakala bapanya, 80 peratus dan ibunya pula melecur 30 peratus.



Disiarkan pada: Jun 13, 2023 @ 8:10pm











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2023 03:24 PM | Show all posts
Tong gas oksigen meletup: Bapa, anak masih di zon kritikal



Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



KERETA Proton Wira yang dinaiki tiga beranak yang meletup dan terbakar di hadapan sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22. FOTO Ihsan JBPM




Alor Setar: Polis sedang menunggu laporan penuh daripada Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah berhubung insiden letupan dan kebakaran sebuah kereta Proton Wira yang menyebabkantiga beranak melecur, Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, laporan itu diperlukan sebelum membuka kertas siasatan sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kejadian dua tabung gas oksigen meletup itu.

Menurutnya, keterangan daripada pemilik premis dan beberapa saksi di tempat kejadian sudah diambil bagi membantu siasatan.

"Kita masih menunggu siasatan lengkap daripada pihak bomba sama ada terdapat unsur khianat, kecuaian atau sebaliknya.

"Setakat ini, keadaan dua beranak itu, Tuah Omar, 54, dan anaknya, Muhammad Firdaus Syawal Abdullah, 5, masih kritikal dan dirawat di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala isteri dan ibu kanak-kanak terbabit, Noor Azlina Abu Bakar, 36, hanya mengalami kecederaan di tangan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, tiga beranak melecur selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, jam 12.30 tengah hari.



Disiarkan pada: Jun 14, 2023 @ 2:10pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.063988 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list