View: 219|Reply: 0
|
Benzema teruja sertai Al Ittihad
[Copy link]
|
|
BENZEMA memegang jersi Al Ittihad selepas menyertai kelab itu dengan kontrak selama tiga tahun. FOTO REUTERS
Riyadh: Pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema menjadi pemain terbaharu ke Arab Saudi apabila menyertai Al Ittihad selepas meninggalkan Real Madrid.
Benzema yang mengakhiri 14 tahun yang gemilang di Real, minggu ini, menyertai kelab juara Arab Saudi itu dengan kontrak tiga tahun dan akan menggunakan jersi nombor sembilan.
"Saya teruja untuk menimba pengalaman dalam liga bola sepak baharu di negara berbeza," kata Benzema.
"Saya bertuah kerana meraih perkara menakjubkan dalam karier dan mencapai segala-galanya yang saya inginkan di Sepanyol dan Eropah."
"Ia seperti masa yang sesuai untuk satu cabaran baharu dan projek... saya amat menantikan untuk menyertai rakan sepasukan baharu dan bersama mereka, membantu kelab ini dan perlawanan di Arab Saudi ke tahap baharu."
Benzema menyertai bekas rakan sepasukannya di Real, Cristiano Ronaldo di negara Teluk itu selepas penyerang Portugal itu mengikat kontrak dua tahun setengah yang dianggarkan bernilai lebih 200 juta euro (RM985.54 juta) apabila menyertai Al Nassr pada Disember lalu.
Selepas menyertai Real pada 2009 dari kelab Olympique Lyonnais, Benzema muncul sebagai tonggak serangan utama apabila Ronaldo meninggalkan kelab untuk ke Juventus pada 2018 dan pernah menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebanyak lima kali dan empat gelaran La Liga.
Musim terbaiknya bersama Real adalah pada kempen 2021-22 apabila meledak 44 gol dalam semua kejohanan untuk membantu kelab menambah rekod gelaran ke-14 di Eropah termasuk menjuarai La Liga.
Pemain berusia 35 tahun itu memenangi Ballon d'Or untuk pemain lelaki terbaik di dunia tahun lalu dan kelihatan bersedia untuk kekal bersama kelab Sepanyol itu setahun lagi selepas musim 2022-23 dihimpit kecederaan dan terlepas menyertai skuad Perancis di Piala Dunia Qatar 2022.
Namun, tawaran dikatakan bernilai lebih 100 juta euro (RM492.77) daripada Arab Saudi membuatkan dia memikirkan semula keputusannya untuk kekal di Sepanyol.
Bulan lalu, Al Ittihad muncul juara Liga Profesional Saudi buat kali pertama sejak 2009.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-sertai-al-ittihad |
|
|
|
|
|
|
| |
|