View: 153|Reply: 0
|
De Bruyne belum fikir 'untuk berhenti'
[Copy link]
|
|
De Bruyne (kiri) mahu City menakluk Eropah. - AFP
LONDON: Kevin De Bruyne enggan membiarkan keputusan final Liga Juara-Juara awal pagi Ahad ini menentang Inter menentukan kariernya.
Tonggak Manchester City itu mengalami retak pada soket mata pada final pertama kelab itu ketika tewas di tangan Chelsea pada 2021.
Dan ketika dia mahu City menakluk Eropah bagi memperkukuhkan pengiktirafan buat kelab itu, De Bruyne percaya skuad kendalian Pep Guardiola sudah membuktikan keupayaan mereka.
"Ia bergantung kepada siapa yang anda tanya," kata pemain berusia 31 tahun itu. "Adakah ia membantu? Iya. Tapi satu aksi 90 minit tidak menentukan karier.
"Saya sudah melalui sekitar 700 perlawanan. Satu 90 minit daripada 700 tidak menentukan karier saya. Tapi ia jelas membantu.
"Kami beraksi dengan sangat baik. Kami berada dalam banyak suku akhir, separuh akhir dan dua final. Kami berada di sana dalam sebahagian besar masa.
"Saya mahu menang Liga Juara-Juara dan saya mahu menang 'Treble'. Kami sepatutnya bergembira minggu depan dan saya harap kami boleh beraksi sebaik mungkin."
De Bruyne bagaimanapun memberi amaran walaupun City akan ke Istanbul sebagai pilihan, mereka tidak boleh memandang rendah Inter yang mara selepas menyingkirkan Porto, Benfica dan AC Milan.
"Mereka pasukan yang sangat bagus. Aksi final adalah 50-50. Ia sentiasa sukar. Anda perlu menguruskan saat seperti ini," katanya. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ikir-untuk-berhenti |
|
|
|
|
|
|
| |
|