CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

Gundogan terlepas pingat Piala FA

[Copy link]
Post time 5-6-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode

Kapten Manchester City, Ilkay Gundogan menjulang trofi Piala FA tetapi tidak menerima pingat seperti rakan sepasukan lain. - Foto AFP

LONDON: Ilkay Gundogan berharap akan dikalungkan pingat pemenang pada final Liga Juara-Juara Eropah Sabtu ini - selepas terlepas pingat pada final Piala FA Sabtu lalu.

Kapten dan pemain terbaik perlawanan itu, serta rakan sepasukan Manchester City, Kevin De Bruyne tidak dikalungkan pingat oleh Putera William selepas menewaskan United 2-1 di Wembley.

Putera Wales itu kemudian memberitahu mereka yang dia sudah kehabisan pingat untuk diberikan kepada dua tonggak Man City itu.

Penjaga gol, Ederson kemudian menyerahkan pingatnya kepada De Bruyne tetapi penjaring kedua-dua gol City termasuk gol terpantas kejohanan, Gundogan, pulang tangan kosong.



Sebaliknya, bek tengah Sepanyol, Sergio Gomez yang tidak berada dalam skuad, dilihat memakai pingat berkenaan.

Setiap pasukan diberikan 20 pingat untuk kesebelasan utama dan sembilan pemain simpanan, dengan tambahan satu pingat untuk pengendali.

Bagaimanapun tambahan 19 pingat diberikan untuk pegawai dan pasukan yang tidak berada dalam senarai perlawanan - dan Gundogan menerima pingatnya selepas itu.

"Sekarang masa untuk satu yang kami betul-betul mahukan," kata Gundogan selepas menjulang trofi kedua musim ini.

Kapten City itu turut memainkan peranan penting dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan meledak dua kali ketika menentang Leeds dan Everton.

Bagaimanapun dia mengakui trofi Liga Juara-Juara adalah sasaran utama mereka, menjelang pertemuan dengan Inter Milan di Istanbul.

Gundogan, 32, dijangka akan menandatangani kontrak baharu bersama City.

Pemain Jerman itu meledak gol terpantas dalam sejarah final Piala FA apabila menewaskan David de Gea hanya 12 saat selepas sepak mula. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... pas-pingat-piala-fa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.246408 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list