CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

Guardiola kekalkan Ortega di gawang Man City

[Copy link]
Post time 3-6-2023 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Penjaga gol Manchester City, Stefan Ortega akan memulakan permainan pada final Piala FA menentang Manchester United di Wembley malam ini. - Foto AGENSI

LONDON: Pep Guardiola berkata dia akan mengekalkan Stefan Ortega di gawang Manchester City untuk pertembungan final Piala FA dengan Manchester United di Wembley malam ini.

Penjaga gol Jerman itu beraksi dalam semua perlawanan Piala FA musim ini, namun Ederson masih penjaga gol utama di Etihad.

Sesetengah peminat merasakan ia satu risiko buat City tetapi bekas pengendali Barcelona itu yakin keputusannya tepat.

"Stefan akan bermain. Ia sentiasa begitu, termasuk di Barcelona, penjaga gol yang bermain Piala FA akan memulakan permainan," kata Guardiola.

Polisi Guardiola itu membawa padah musim lalu apabila penjaga gol simpanan, Zack Steffen melakukan kesilapan untuk gol Liverpool di separuh akhir.

City menjuarai Piala FA pada tahun 2019 apabila Ederson memulakan permainan untuk kemenangan 6-0 ke atas Watford - selepas penjaga gol kedua, Claudio Bravo tidak disenaraikan akibat kecederaan.

Guardiola turut mengesahkan yang Kevin de Bruyne, Jack Grealish dan Ruben Dias berlatih dengan baik walaupun direhatkan pada hari-hari terakhir musim. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -di-gawang-man-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.742943 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list