View: 156|Reply: 0
|
Bayern mungkin pintas Arsenal pancing Rice
[Copy link]
|
|
RICE menjadi rebutan kelab elit Eropah selepas aksi konsisten bersama West Ham. FOTO AFP
London: Bayern Munich sedia membayar pakej lumayan £95 juta (RM541.47 juta) untuk mendapatkan pemain tengah England, Declan Rice dari West Ham.
Ia memberi gambaran perebutan untuk mendapatkan antara pemain ternama di Eropah pada musim panas ini.
Bayern yang mengekalkan gelaran Bundesliga buat kali ke-11 pada Sabtu lalu, berhasrat mengatasi Arsenal untuk mendapatkan tandatangan Rice, 24.
Chelsea turut berminat, tetapi terdesak untuk menjual beberapa pemain dalam skuad dilimpahi ramai pemain berbakat itu untuk mematuhi Peraturan Fair Play Kewangan (FFP).
Bayern percaya mampu mengatasi kedua-dua kelab itu dan difahamkan pengurusnya, Thomas Tuchel sudah menghubungi Rice yang dikatakan turut berminat ke Jerman.
Rice sebelum ini sudah kerap membicarakan mengenai cita-citanya untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Walaupun muncul juara Jerman buat kali ke-11 berturut-turut, Bayern mahu berbelanja besar pada musim depan selepas disingkirkan oleh Manchester City di suku akhir UCL, bulan lalu.
West Ham percaya nilai Rice lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan Bayern dan sedia menolak tawaran awal itu.
Manchester United dan Liverpool yang mahu memantapkan jentera tengah dikatakan turut berminat untuk memancing Rice.
Rice yang bersiap untuk menentang Fiorentina di final Liga Konferens, minggu depan, menunjukkan prestasi konsisten walaupun West Ham mempamerkan aksi tidak menentu.
Aksi final di Prague itu mungkin penampilan terakhirnya bersama West Ham dan peluangnya merangkul trofi utama sebagai kapten dan trofi utama pertama buat kelab sejak 1965.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rsenal-pancing-rice |
|
|
|
|
|
|
| |
|