View: 149|Reply: 0
|
Guardiola harap pemain sempat pulih
[Copy link]
|
|
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berharap tiga tonggaknya sempat pulih menjelang final Piala FA menentang Manchester United di Wembley pada Sabtu ini. - Foto REUTERS
LONDON: Pep Guardiola mendedahkan, Kevin De Bruyne, Jack Grealish dan Ruben Dias bergelut dengan masalah kecergasan menjelang aksi final Piala FA menentang Manchester United pada Sabtu ini.
Pemain tengah Belgium, De Bruyne, pemain sayap England, Grealish, dan pertahanan Portugal, Dias tidak dapat beraksi ketika City tewas 1-0 di Brentford akibat kecederaan.
Juara Liga Perdana Inggeris itu, yang berdepan Inter Milan dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada 10 Jun, berada di landasan tepat untuk mengulangi kejayaan United pada tahun 1999 memenangi tiga trofi utama dalam semusim.
Bagaimanapun misi menewaskan seteru tetangga itu di Wembley hujung minggu ini akan terjejas sekiranya ketiga-tiga tonggaknya itu tidak sempat pulih daripada kecederaan mereka.
Tonggak Manchester City, Ruben Dias (kiri) dan Kevin De Bruyne tidak dapat beraksi ketika perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech, Brentford. - Foto AGENSI
"Ruben, Jack dan Kevin tidak dapat bermain. Saya rasa mereka akan sempat pulih tetapi mereka belum sedia untuk berlatih. Sebab itu anda hanya lihat mereka yang bermain hari ini," kata Guardiola.
Jaringan minit ke-85 Ethan Pinnock menjadikan Brentford satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan City sebanyak dua kali musim ini, dan yang kelima sejak Guardiola membimbing pasukan itu pada tahun 2016.
"Saya pasti kami akan bermain sedikit berbeza jika kami memerlukan mata. Saya tidak ada rungutan terhadap cara kami bermain.
"Saya katakan kepada pemain, anda sudah memenangi gelaran, nikmati cuti dua hari bersama keluarga dan kemudian kita akan bersedia untuk final yang pertama," kata pengendali City itu. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... pemain-sempat-pulih |
|
|
|
|
|
|
| |
|