View: 181|Reply: 0
|
EPL: Spurs mahu cari pengubat duka
[Copy link]
|
|
KANE berharap Spurs mampu menamatkan musim ini dengan kemenangan sekali pun tidak berjaya mara ke pentas Eropah. – AFP
LONDON – Tottenham Hotspur mengharapkan kemenangan ke atas Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road malam ini bagi mencerahkan peluang mara ke saingan Liga Konferens Europa musim depan.
Pintu untuk Spurs melangkah ke Liga Juara-Juara dan Liga Europa sudah tertutup rapi, namun Liga Konferens Europa merupakan satu-satunya jalan untuk mereka bermain dalam kancah bola sepak Eropah.
Justeru, penyerang Spurs, Harry Kane berkata, mereka akan cuba untuk memastikan tiga mata menjadi milik mereka selain perlu bergantung kepada keputusan dua pasukan pencabar, iaitu Aston Villa dan Brentford.
“Memang sasaran kami adalah untuk beraksi di pentas Eropah, itu yang sering disebut-sebut oleh semua pemain sejak awal musim. Sekarang kami perlu berusaha untuk tamatkan saingan musim ini di kedudukan paling tinggi.
“Sekarang kami masih ada peluang untuk layak ke Eropah (Liga Konferens) dan kami perlu menang ke atas Leeds. Kami juga perlu mengharapkan keputusan dua perlawanan lain sebelum lihat kedudukan akhir pasukan,” katanya.
Sekiranya tidak dapat melayakkan diri ke kancah bola sepak Eropah musim depan, namun Kane tetap mengharapkan aksi terbaik daripada rakan sepasukan bagi memastikan Spurs menamatkan saingan musim ini dengan kemenangan.
“Saya tahu pasukan-pasukan lain juga masih ada peluang. Bagaimanapun, saya mahu ingatkan semua pemain bahawa Spurs mahu tamatkan saingan liga dengan aksi positif selepas mengharungi musim sukar,” ujar pemain England itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... cari-pengubat-duka/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|