View: 182|Reply: 0
|
Ronaldo gagal pacu Al-Nassr rangkul Liga Pro Saudi
[Copy link]
|
|
REAKSI balas Ronaldo ketika berdepan Al-Ettifaq di stadium Prince Mohammed Bin Fahd Stadium. -FOTO AFP
Riyadh: Al-Ittihad merangkul kejuaraan Liga Profesional Saudi buat kali pertama sejak 2009 apabila melakar kemenangan 3-0 di Al-Feiha yang menyaksikan kehadiran Cristiano Ronaldo gagal membawa Al-Nassr meraih kejayaan itu.
Walaupun berbaki satu lagi perlawanan, kelab Jeddah itu mengesahkan gelaran liga kesembilan mereka selepas mengumpul 69 mata untuk mengatasi Al-Nassr lima mata selepas pasukan itu terikat 1-1 dengan Al-Ettifaq.
Jaringan minit ketiga oleh Ahmed Sharahili dan dua gol dari Romarinho memastikan kemenangan untuk Al-Ittihad yang menebus kegagalan mereka meraih gelaran juara itu pada hari terakhir musim lalu.
Sharahili memulakan perlawanan yang baik apabila menjaringkan gol pertama hasil sepakan percuma Igor Coronado pada minit ketiga.
Romarinho menanduk masuk gol kedua hasil daripada satu lagi sepakan percuma Coronado pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Pemain Brazil itu juga berjaya menjaringkan gol keduanya lima minit sebelum tamat perlawanan.
Kemenangan itu menyaksikan bekas jurulatih Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santo gelaran liga pertamanya.
Di Dammam, Ronaldo berdepan satu lagi perlawanan mengecewakan selain dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika Al-Nassr terikat 1-1 dengan Al-Ettifaq.
Al-Ettifaq mendahului perlawanan dengan jaringan Youssoufou Niakate dua minit sebelum rehat, manakala pemain Brazil, Luiz Gustavo menyamakan kedudukan untuk Al-Nassr pada minit ke-56.
Ronaldo akan menamatkan musim pertamanya di negara itu dengan tangan kosong tanpa sebarang kejuaraan selepas menyertai kelab itu pada Januari.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gkul-liga-pro-saudi |
|
|
|
|
|
|
| |
|