View: 154|Reply: 0
|
Kapten Brighton, Dunk layak barisi skuad England
[Copy link]
|
|
DUNK tetap berada dalam senarai utama Brighton biarpun dihantui masalah kecederaan berlarutan. -FOTO AFP
London: Roberto De Zerbi mendedahkan Lewis Dunk bermain dalam kesakitan ketika dia membantu Brighton layak ke saingan Eropah dan beliau turut menyokong penuh kapten itu dipanggil semula bersama skuad England.
Bek tengah Seagulls, Dunk sentiasa berada dalam kesebelasan utama Liga Perdana musim ini tetapi berada di bangku simpanan ketika pasukan itu menentang juara Manchester City berikutan kecederaan betis dan masalah belakang yang berterusan.
De Zerbi mengakui pemain berusia 31 tahun itu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainannya yang berintensiti tinggi selepas dia menggantikan Graham Potter pada September.
Namun pemain Itali itu berkata, Dunk berjaya mengukuhkan statusnya sebagai pemain utama dan 'layak' untuk beraksi dalam bola sepak antarabangsa.
"Pada mulanya ia tidak begitu mudah untuk dia memahami idea saya tetapi dia sentiasa bersedia sepenuhnya," kata De Zerbi.
"Saya mahu dia lebih terbuka kerana dia tidak banyak bercakap tetapi dia adalah contoh di dalam bilik persalinan, di dalam padang.
"Dia bermain dalam kesakitan kerana dia mempunyai masalah betis dan belakang tetapi dia tetap bermain setiap perlawanan.
"Esok dia bermula dari di bangku simpanan tetapi saya tidak tahu kerana jika dia boleh bermain dengan saya di Brighton, dia mahu sentiasa bermain."
Pengurus England, Gareth Southgate akan menamakan skuadnya untuk perlawanan kelayakan Euro 2024 bulan depan menentang Malta dan Macedonia Utara.
Dunk pernah berada dalam Southgate ketika mereka menang 3-0 dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat pada November 2018 tetapi tidak lagi beraksi untuk negaranya selepas itu.
Brighton mengesahkan tempat ke saingan Europa musim depan dengan baki dua perlawanan selepas menang 3-1 ke Southampton.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... arisi-skuad-england |
|
|
|
|
|
|
| |
|