CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

Mane digantung perlawanan, didenda kerana tumbuk Sane

[Copy link]
Post time 14-4-2023 12:57 AM | Show all posts |Read mode
Mane digantung perlawanan, didenda kerana tumbuk Sane


MANE (kiri) digantung satu perlawanan dan didenda kerana menumbuk muka Sane (kanan). FOTO FAIL AFP

Berlin: Bayern Munich menggantung penyerang, Sadio Mane untuk satu perlawanan apabila bergaduh dengan Leroy Sane selepas kekalahan pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kepada Man City, umum kelab itu.

Akhbar Bild melaporkan bekas pemain sayap City, Sane ditumbuk di muka oleh penyerang Senegal itu hingga luka di bibir selepas kekalahan awal pagi Rabu lalu.

""Sadio Mane, 31, tidak akan berada dalam skuad FC Bayern untuk aksi di laman sendiri berdepan 1899 Hoffenheim Sabtu ini," menurut kenyataan Bayern.

"Ia disebabkan salah laku oleh Mane selepas perlawanan FC Bayern dalam Liga Juara-Juara di Manchester City.

"Sebagai tambahan, Mane juga akan didenda," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Bayern enggan mengulas lanjut mengenai pergaduhan itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kerana-tumbuk-sane

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.890545 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list