View: 157|Reply: 0
|
Rashford bakal tersisih beberapa perlawanan
[Copy link]
|
|
KETIADAAN Rashford (kiri) pasti menjejaskan percaturan Ten Hag bagi meneruskan saingan pada musim ini. FOTO REUTERS
London: Pemain bintang Manchester United, Marcus Rashford akan terlepas perlawanan pertama suku akhir Liga Europa menentang Sevilla, awal pagi Jumaat, akibat cedera otot yang mungkin menyebabkannya tersisih beberapa lagi perlawanan.
Pemain berusia 25 tahun itu yang menjaringkan 28 gol buat skuad bimbingan Erik ten Hag musim ini, terhincut-hincut meninggalkan padang ketika menang 2-0 ke atas Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.
"Marcus Rashford tidak boleh beraksi di suku akhir Liga Europa menentang Sevilla pada Khamis kerana cedera otot," kata United dalam kenyataan.
"Penyerang itu yang dikeluarkan pada minit ke-80 ketika menang 2-0 ke atas Everton di Old Trafford terus dibawa ke bilik persalinan untuk mendapatkan rawatan.
"Penilaian lanjut terhadap kecederaannya mendapati Marcus tidak boleh bermain beberapa perlawanan, tetapi dijangka kembali semula sebelum musim berakhir."
United sedikit lega apabila penyerang, Anthony Martial kembali cergas dan menjaringkan gol kedua ketika menentang Everton manakala pemain yang dipinjamkan, Wout Weghorst menjadi pilihan lain di bahagian tengah.
Pemain tengah kreatif, Christian Eriksen turut masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Everton selepas pulih daripada kecederaan.
United dijangka menurunkan Casemiro apabila menentang Sevilla selepas hukuman penggantungan perlawanan terhadap penyerang Brazil itu sudah berakhir.
United yang menjulang trofi Piala Liga pada Februari lalu, sedang memburu kelompok empat teratas EPL dan akan bertemu Brighton di separuh akhir Piala FA, hujung bulan ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... beberapa-perlawanan |
|
|
|
|
|
|
| |
|