CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

[Kedah] Masjid azan awal, penduduk Pekan Yan akur ganti puasa

[Copy link]
Post time 9-4-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode

Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan yang terkhilaf melaungkan azan maghrib lebih awal pada 30 Mac lalu.



YAN – Kalangan penduduk di sini akur dengan kewajiban menggantikan puasa selepas berbuka awal kerana mengikut laungan azan maghrib dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan di sini pada 30 Mac lalu.

Pengawal keselamatan, Yusof Ayob, 60, yang bertugas di sebuah sekolah berdekatan masjid itu berkata, selepas mende­ngar azan dari masjid berkenaan, dia makan buah kurma dan me­minum air.

Bagaimanapun, dia menyedari sesuatu yang tidak kena selepas melihat jam tangan kerana mendapati waktu masih awal untuk berbuka.

“Lebih mengejutkan ialah azan yang dikumandangkan itu hanya pada baris pertama sahaja dan tidak disambung sehingga habis seperti mana biasa.

“Saya akur selepas perlu menggantikan puasa yang terbatal,” kata­nya yang turut mendengar azan kali kedua dilaungkan dua minit kemudian.

Menurutnya, beberapa hari sebelum kejadian tersebut, dia mendapati pihak pentadbir masjid menyelenggara jam digital di masjid tersebut.

Seorang penduduk, Zahir Hali, 51, berkata, puasanya juga terbatal pada hari berkenaan ke­rana dia terus minum air sebaik mendengar laungan azan.

“Ketika itu saya membeli kuih di kawasan pekan Yan dan apabila terdengar azan dilaungkan, saya terus berbuka.

“Tetapi saya terkejut kerana azan itu tidak diteruskan seperti mana biasa dan menyebabkan, saya tahu puasa saya telah terbatal kerana makan sebelum tiba waktu berbuka.

“Saya perlu menggantikan puasa yang batal itu,” katanya.


Sementara itu, bagi Suhaimi Yusuf, 45, yang tinggal di Kampung Permatang Keramat di sini berkata, dia dan keluarganya benasib baik kerana tidak berbuka awal selepas mendengar azan dilaungkan pada hari itu.

“Ketika itu saya sedang me­nunggang motosikal di belakang Rumah Kebajikan Anak Yatim Budi Yan apabila terdengar azan dilaungkan.

“Tetapi saya dapat mengagak berlaku kesilapan teknikal kerana azan tidak diteruskan sehingga habis dan bersyukur apabila sampai di rumah isteri dan dua anak tidak berbuka,” katanya.

Menurutnya, pada kelmarin sebelum menunaikan solat Jumaat, pihak pentadbir masjid turut memaklumkan kesilapan bilal melaungkan azan sebelum waktu sebenar berbuka pada hari kejadian.

“Ia kemudian diikuti de­ngan kenyataan rasmi melalui sepucuk surat yang diedarkan menerusi kumpulan WhatsApp penduduk di kawasan berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, pihak pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan maghrib, dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi masjid itu, Ustaz Ahmad Nasir, ­kesilapan tersebut adalah di­sebabkan masalah teknikal paparan digital waktu solat di masjid.

“Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan maghrib dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... n-akur-ganti-puasa/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 2066 Replies : 14
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 213521 Replies : 5168
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz sah bercerai
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz sah berce
Views : 7043 Replies : 109
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74834 Replies : 3019
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8069 Replies : 65
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30651 Replies : 193
Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
prettygoodIsyarat baharu MH370 dikesan di Australi
Views : 3490 Replies : 14
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 14218 Replies : 223
Binaan rumah memasuki sempadan rumah jiran.Pemilik dalam dilemma
YgBenarBinaan rumah memasuki sempadan rumah jir
Views : 12766 Replies : 50
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7975 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051075 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list