View: 160|Reply: 0
|
Kita akan bermain di ‘hutan’ – Arteta
[Copy link]
|
|
ARSENAL turun dengan misi membawa pulang tiga mata apabila berdepan Liverpool di Anfield bagi mengukuhkan kedudukan pendahulu liga.
LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menganggap suasana di Anfield ibarat ‘hutan’ apabila berdepan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini.
Kali terakhir Arsenal merakam kemenangan di kubu kuat Liverpool itu adalah pada 2012.
Pertemuan terakhir mereka pada November 2021 pula menyaksikan Gunners diaibkan 4-0 biarpun pengendali Sepanyol itu telah mempersiapkan pasukan dengan memasang lagu You’ll Never Walk Alone ketika sesi latihan.
“Anda tidak boleh melatih pemain di zoo dan kemudian pergi ke dalam hutan pada Ahad.
“Ia mustahil. Anda kena menampilkan diri sendiri. Anda perlu mempersiapkan pemain, beritahu mereka apa yang bakal dihadapi dan sedar akan perkara itu.
“Kami tahu kami berdepan cabaran besar tetapi ini juga peluang terbaik kami untuk pergi ke Anfield dan melakukan sesuatu yang sudah lama kami gagal lakukan.
“Itulah yang menjadi dorongan pasukan sejak beberapa hari lalu,” kata Arteta.
MIKEL Arteta (kanan) memberi kepercayaan kepada Martinelli.
Biarpun mengalahkan Reds 3-2 dalam aksi pertama liga musim ini di Emirates pada 9 Oktober lalu, namun Arsenal hanya menang sekali daripada 10 kunjungan ke Anfield.
Kali terakhir mereka menang di Liverpool adalah pada September 2012 dengan keputusan 2-0.
Arteta juga enggan insiden 2021 berulang apabila dia bertikam lidah dengan rakan sejawatannya di Liverpool, Jurgen Klopp sehingga kedua-dua pengurus itu dilayangkan kad kuning.
Skuad Liverpool yang sering menjadi pencabar kejuaraan sejak tiga musim lalu, dan memenanginya pada 2020, kini tidak berada dalam prestasi terbaik apabila menghuni tangga kelapan liga.
Pasukan kendalian Klopp kini ketinggalan 29 mata di belakang Arsenal apabila merakamkan sembilan kekalahan dalam 28 perlawanan yang diharungi. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... in-di-hutan-arteta/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|