View: 3113|Reply: 0
|
Xavi ada rancangan singkir Real Madrid
[Copy link]
|
|
XAVI mengubah posisi Araujo daripada bek tengah kepada pemain pertahanan kanan sebagai kunci utama pasukannya melakar kemenangan ke atas Los Blancos. – AFP
Xavi ada rancangan singkir Real Madrid
BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez sudah mempunyai perancangan untuk menyingkirkan Real Madrid menjelang aksi timbal balik separuh akhir Piala Raja Sepanyol di Camp Nou awal pagi esok.
The Catalans berada di landasan tepat untuk mara ke pentas final musim ini selepas menang 1-0 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Real, Eder Militao pada aksi pertama awal bulan lalu.
Xavi, 43, merasakan perubahan posisi Ronaldo Araujo daripada bek tengah kepada pemain pertahanan kanan sebagai kunci utama untuk pasukannya melakar kemenangan ke atas Los Blancos.
Ia berdasarkan prestasi cemerlang Araujo dalam tiga aksi menentang Real tahun ini yang semuanya dimenangi Barcelona dengan keputusan 3-1 (final Piala Super Sepanyol), 1-0 (Piala Raja Sepanyol) dan 2-1 (La Liga).
Bintang Uruguay itu berjaya membataskan pergerakan pemain sayap lincah Real, Vinicius Junior dalam ketiga-tiga pertembungan El Clasico tersebut.
“Kami bertahan dengan baik ketika bola di kaki pasukan lawan. Pertahanan adalah aspek terpenting dalam perlawanan dan sebab itu kami memenangi ketiga-tiga perlawanan (menentang Real).
“Saya sudah jumpa barisan pertahanan yang saya rasakan terbaik untuk mengulangi satu lagi kejayaan ke atas Real. Mungkin saya akan gunakan pendekatan yang sama,” kata Xavi.
Antara perubahan lain bakal menyaksikan pemain pertahanan kanan, Jules Kounde beralih sebagai bek tengah bergandingan dengan Marcos Alonso yang dilihat lebih efisien berbanding Eric Garcia. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... ingkir-real-madrid/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|