CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13719|Reply: 0

[Kedah] Lebih 2,000 saman sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 4-4-2023 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 2,000 saman sepanjang Ramadan

oleh   SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA  04 April 2023     07:48pm








Sebanyak 2,033 saman dikeluarkan membabitkan 97 kenderaan disita akibat pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepanjang Ramadan ini.





SUNGAI PETANI - Sebanyak 2,033 saman dikeluarkan membabitkan 97 kenderaan disita akibat pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan sepanjang Ramadan ini.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, saman dikenakan antaranya disebabkan tidak mempunyai lesen, pemandu dan penunggang bawah umur, kenderaan tidak mempunyai cukai jalan dan insuran, ubah suai ekzos atau paip rompong bising, serta kesalahan melibatkan tiada brek dan brek tidak berfungsi dengan baik.



Op dijalankan di sekitar lokasi tumpuan sekitar daerah Kuala Muda.




Menurutnya, dua individu warga tempatan ditahan melibatkan kesalahan yang disiasat bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Antara lokasi panas yang sering menjadi sasaran termasuk di Lagenda Height, persimpangan Sungai Batu, persimpangan AIMST University, Merbok dan sekitar lokasi tumpuan lain," katanya.

Zaidy berkata, sehingga 2 April 2023, daerah Kuala Muda telah mencatatkan jumlah kemalangan sebanyak 2,134 kes dan jumlah kematian sebanyak 36 orang.



Antara kenderaan yang diperiksa dalam Op Samseng Jalanan sepanjang Ramadan ini.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.473618 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list