CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3022|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengguna mula berjimat, daging bukan lagi pilihan untuk berbuka puasa

[Copy link]
Post time 4-4-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Pengguna mula berjimat, daging bukan lagi pilihan untuk b



Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



MOHD Raffi Yusof mengakui jualan daging tempatan di premisnya menurun sehingga 50 peratus sepanjang 13 hari umat Islam berpuasa ketika ditemui di Pasar Awam Seberang Jaya. FOTO Danial Saad




Butterworth: Nilai mata wang yang semakin mengecil menyebabkan kuasa pembeli juga semakin rendah apabila ramai yang mengambil langkah berjimat cermat dengan membuat pembelian hanya sekadar boleh mengenyangkan perut sahaja.

Perkara itu diakui penjual daging, Mohd Raffi Yusof, 58, yang memaklumkan jualan daging tempatan di premisnya menurun sehingga 50 peratus sepanjang 13 hari umat Islam berpuasa.

Katanya, berbanding Ramadan lalu, dia menyembelih seekor lembu untuk jualan namun kini proses sembelihan terpaksa dilakukan berselang seli memandangkan permintaan berkurangan.

"Ini krisis jualan paling teruk yang saya alami sepanjang 30 tahun berniaga daging ketika Ramadan.

"Boleh dikatakan, setiap Ramadan, daging yang menjadi menu kerap dicari pelanggan tetapi tahun ini jualan agak suram, mungkin ia didorong dengan keadaan ekonomi kita pada masa ini.

"Tambahan pula, anak-anak baru masuk sekolah kemudian puasa pula jadi ramai yang kehabisan wang, maka mereka memilih untuk masak menu mengikut bajet asalkan kenyang," katanya ditemui di gerai jualannya di Pasar Awam Seberang Jaya di sini, hari ini.

Jelasnya, mujur dia mempunyai pelanggan tetap dalam kalangan peniaga kedai makan yang sedikit sebanyak membantu jualannya.

"Bagi pelanggan biasa, kebanyakan memilih untuk membeli daging import yang dijual serendah RM20 sekilogram berbanding daging segar tempatan yang dijual pada harga RM42 sekilogram.

"Ramadan lalu, saya sembelih seekor lembu setiap hari tetapi kini tidak lagi kerana jualan yang sangat perlahan.

"Bukan saya sahaja terkesan tetapi semua peniaga di pasar ini, termasuk peniaga sayur-sayuran turut terkesan apabila jualan merudum sehingga 50 peratus kerana orang kekurangan biaya untuk untuk membeli," katanya.

Mohd Raffi berkata, dia berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu dengan menurunkan harga-harga barangan melalui perbincangan dengan pihak pembekal bagi membantu pengguna serta peniaga kecil.

"Apa yang terjadi (jualan kurang) adalah kerana, bagi pengguna, harga barang terlalu tinggi dan itu menyebabkan kuasa pembeli terhad yang akhirnya memberi kesan kepada golongan peniaga kecil.

"Saya berharap kerajaan juga menetapkan harga kawalan munasabah bagi komoditi daging untuk skim perayaan memandangkan ketika ini, kami sudah terbeban dengan jualan yang kurang," katanya.

Ketika tinjauan sebelum satu jam pasar awam berkenaan menutup operasi, keadaan didapati lengang dengan jualan masih banyak tidak terjual di setiap premis.

Paling terkesan adalah jualan sayur-sayuran apabila peniaga mendakwa tidak pulang modal berikutan pembeli kurang, tidak kira pada hari bekerja mahupun hari minggu.



Disiarkan pada: April 4, 2023 @ 1:32pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 1.462129 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list