CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 3

[Pulau Pinang] Penghantar makanan desak kaji semula kadar upah

[Copy link]
Post time 28-2-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Penghantar makanan desak kaji semula kadar upah


Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 28, 2023 @ 3:44pm bhnews@bh.com.my




Mohamad Zulfizri Zulkifli, 33, (tengah) mengetuai hampir 100 penghantar makanan menyerahkan surat bantahan pembesaran zon kawasan bekerja serta kadar bayaran upah semakin berkurangan di pejabat syarikat penghantaran makanan itu di Taman Pauh Jaya, Perai di sini. - Foto NSTP/Danial Saad




BUKIT MERTAJAM: Sekumpulan penghantar makanan atau rider sebuah syarikat penghantaran makanan terkenal menggesa syarikat itu menyemak semula kadar upah yang semakin berkurangan sejak beberapa bulan lalu.

Kumpulan terdiri daripada lebih 100 penghantar makanan di Pulau Pinang itu bertindak menghantar memorandum dan surat kepada wakil syarikat itu di Jalan Baru, Perai di sini hari ini.

Kumpulan itu mendakwa sistem baharu diperkenalkan sejak tahun lalu seolah-olah menindas mereka apabila kadar upah yang diterima semakin berkurangan, sedangkan jarak mengambil serta menghantar makanan semakin jauh.
Wakil pekerja, Mohamad Zulfizri Zulkifli, 33, berkata lebih mengecewakan kadar bayaran upah yang diterima dalam kalangan pekerja juga berbeza mengikut 'ranking' (kedudukan) sedangkan mengambil pesanan di tempat sama dan menghantarnya juga di lokasi sama.

"Dulu ada perkiraan tetap (kadar bayaran upah) sekarang kami tidak tahu dengan sistem yang baharu.

"Pihak ibu pejabat juga meminta rider bekerja 15 jam walaupun ia bukan satu paksaan tetapi kami bekerja juga untuk jaga prestasi supaya kedudukan terjaga tetapi ini yang berlaku," katanya.

Mohamad Zulfizri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan surat bantahan berhubung isu berkenaan di pejabat syarikat penghantaran makanan di Taman Pauh Jaya, di sini, hari ini.

Jelasnya, mereka mahu terus bekerja dan berharap pihak syarikat dapat menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya.

"Jika dahulu kami dibayar antara RM6.50 ke RM7 bagi setiap penghantaran tetapi kini bayaran yang diterima hanya sekitar RM4 dan kadar itu menjejaskan pendapatan kami.

"Sekarang ini, tempahan pula semakin berkurang manakala rider semakin bertambah yang sudah pasti bagi kami yang bekerja secara sepenuh masa terjejas.

"Kami tidak pernah tak hantar (makanan) sama ada panas mahupun hujan... kami berharap ada jalan penyelesaian," katanya.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 08:52 PM | Show all posts
isu baru lg la ni
siannya upah rm4
kdg2 diorg anta makanan jarak >15km gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2023 11:23 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 5-4-2023 08:52 PM
isu baru lg la ni
siannya upah rm4
kdg2 diorg anta makanan jarak >15km gak

mcm ditindas pun ya juga
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 5-4-2023 11:23 PM
mcm ditindas pun ya juga

Mcm tu la selalunya pihak atasan tindas org bwhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.227347 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list