CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Selangor] Tanah runtuh di Batang Kali kejadian kedua terbesar babitkan jumlah mangsa maut

[Copy link]
Post time 26-12-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Kejadian tanah runtuh di Batang Kali baru-baru ini.

Kuala Lumpur: Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali dekat sini pada 16 Disember lalu adalah kejadian kedua terbesar membabitkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.

Tragedi pada kira-kira jam 2.30 pagi itu, seramai 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 lagi di sektor C di kawasan perkhemahan berkenaan.

Menurut Komander Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), Mohd Khairul Jamil ketika menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan, pihaknya agak terkejut apabila diberitahu jumlah mangsa yang terbabit adalah 100 orang.


"Kebiasaannya sebelum ini kejadian runtuhan hanya membabitkan seramai tiga atau empat orang mangsa, bila diberitahu 100 orang mangsa terbabit dalam kejadian pada hari itu ia amat mengejutkan saya.

"Kemudian saya mengarahkan satu pasukan 10 anggota yang diketuai oleh Ketua Sektor Heavy USAR Smart, Mohamad Hafiezul Abdul Halim ke lokasi kejadian. Kejadian di Batang Kali ini adalah kejadian kedua terbesar membabitkan mangsa yang terkorban selepas Highland Towers," katanya dalam "Rancangan Apa Khabar Malaysia" terbitan Bernama TV, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Hafiezul berkata, peranan pasukan beliau di lokasi kejadian adalah untuk memberi bantuan dari segi kepakaran dan khidmat nasihat agar kerja mencari dan menyelamat dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, antara alatan dibawa pasukannya pada hari pertama kejadian adalah structural movement sensor bagi mengawasi pergerakan tanah yang boleh membahayakan pasukan penyelamat.

"Antara lain pasukan kami juga yang memberi nasihat agar jentera berat digunakan dalam kerja mencari susulan ketebalan tanah dianggarkan sehingga 20 meter," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itkan-jumlah-mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.052548 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list