CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Selangor] Mangsa ke-26 ditemukan berpelukan dengan anjingnya

[Copy link]
Post time 21-12-2022 03:11 PM | Show all posts |Read mode

Anggota penyelamat membawa keluar mayat mangsa yang berjaya dijumpai dalam operasi mencari dan menyelamat kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, hari ini. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

BATANG KALI: Mayat mangsa ke-26 kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, di sini, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan seekor anjingnya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata difahamkan, lelaki dewasa itu datang ke tapak perkhemahan itu bersama tiga ekor anjingnya, namun hanya dua ekor anjingnya ditemukan bersamanya.

"Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, manakala anjingnya diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau memberitahu media demikian pada sidang media mengenai situasi terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh, di sini, hari ini.


Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata mayat lelaki itu ditemui di Sektor B (Farm View), di kedalaman lebih empat meter dari aras tanah.

"Dipercayai mangsa duduk di Sektor A, namun dibawa arus ke Sektor B. Penemuan mayat lelaki ini tidak terlalu dalam seperti yang kita temui semalam di Sektor C (mayat ke-25, kanak kanak).

"Cara penggalian pada mulanya kita buat tiga meter terlebih dahulu sebelum menambah lagi satu setengah meter. Di Sektor B kita hanya meletakkan satu jengkaut. Namun, syukur pencarian di situ kita temui lelaki berkenaan bersama anjingnya," katanya.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father's Organic Farm Gohtong Jaya pada 2.42 pagi Jumaat lalu itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 26 nyawa terkorban dan tujuh lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terbabit.

Perincian mangsa meninggal dunia ialah 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki, lima lelaki dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan.

https://www.bharian.com.my/berit ... an-dengan-anjingnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 2.347728 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list