CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3701|Reply: 10

Rahsia disukai ramai

[Copy link]
Post time 8-11-2010 02:46 PM | Show all posts |Read mode

Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :

  • Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
  • Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
  • Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
  • Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
  • Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
  • Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
  • Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
  • Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
  • Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
  • Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
  • Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
  • Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
  • Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
  • Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
  • Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
  • Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).
  • Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
  • Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 12:21 AM | Show all posts
Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang


biar betul......:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:11 AM | Show all posts
biar betul......
muffins Post at 9-11-2010 00:21
maknanya, kena koner koner la bila nak tegur silap orang
kalau sound direct, dia tak suka



tak betul la statement tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 06:47 PM | Show all posts
3. Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

i try to b honest....
tapi suma kengkawan nak pelempang i
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 04:34 PM | Show all posts
Reply 4# bangcak


ko jujur sgt...
tp suh jujur kan...eemmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 09:57 AM | Show all posts
persahabatan tanpa prajudis... membuatkan hidup anda dan orang sekeliling anda ceria...


amalkan ler nie... InsyaAllah disukai ramai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2010 03:31 AM | Show all posts
tak betul pung...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 11:39 AM | Show all posts
Dah org tan suka ngan kita nak wat cam na erk??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2010 07:10 PM | Show all posts
Reply 8# tweenfly


   da die xske,lntak pi die la.bia je jgn dilayan org mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 03:53 PM | Show all posts
ye,,btul 2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 12:17 PM | Show all posts
Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang

nak tegur secara halus pun tak berani
macam mana ni?
kang kalau tegur cakap mcm kita baik sgt
dan wajib kita tegur menegur
kawan xboleh kene tegur macam mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.377038 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list