CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Perak] Bapa 12 anak sanggup jual kereta demi segulung ijazah sarjana

[Copy link]
Post time 4-12-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode

Hairudin (dua dari kiri) dan anak tirinya, Bibi Nurshafirah Burhan (kanan) meraikan kejayaan bersama ahli keluarga dan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff (dua dari kanan) sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-24 UPSI, hari ini. - NSTP/ROSMAN SHAMSUDIN.



TANJUNG MALIM: "Saya terpaksa jual kereta dua tahun lalu, ulang alik ke tempat kerja dengan teksi saja demi menggenggam ijazah sarjana," kata Hairudin Shamsudin, 48.

Bapa 12 anak asal Pitas, Sabah ini, berkata dia menjual Proton Exora miliknya untuk membayar yuran pengajian tertunggak kira-kira RM6,000.


Katanya, segala pengorbanannya berbaloi selepas menerima Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-24 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.

"Bukan mudah membuat keputusan ketika itu, apatah lagi anak-anak masih belajar, termasuk di institusi pengajian tinggi (IPT) yang sudah tentu juga memerlukan perbelanjaan.

"Selepas berfikir panjang, saya membuat keputusan menjual kereta terbabit dan ternyata berbaloi selepas berjaya menggenggam ijazah sarjana hari ini," katanya.

Lebih menarik, anak tiri dan adiknya turut berkongsi pentas sama menerima ijazah sarjana muda sempena majlis istiadat konvokesyen terbabit.

Anak tirinya, Bibi Nurshafirah Burhan menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pendidikan Ekonomi, manakala adik Hairudin, Mohd Hazwie Efdham menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Perakaunan.

Hairudin yang kini Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid (HEM) Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, berkata setiap kejayaan sudah tentu memerlukan pengorbanan, sama ada dari segi masa, tenaga mahu pun wang ringgit.

Menurutnya, dia menerima ijazah sarjana melalui Program Pesisir dan hanya setiap hujung minggu perlu mengikuti kuliah pensyarah UPSI di JPN Sabah.

"Kejayaan ini hasil dorongan isteri dan anak-anak serta rakan yang banyak memberi sokongan dan motivasi sehingga saya berjaya menamatkan pengajian. Saya berharap kejayaan ini juga memberi motivasi kepada anak-anak dan golongan muda supaya terus menuntut ilmu jika ingin masa depan lebih terjamin," katanya.

Dia yang bercita-cita menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD), berkata dalam menuntut ilmu, jangan sesekali menjadikan masalah sebagai penghalang, sebaik-baiknya jadikan ia sebagai motivasi untuk mencipta kejayaan.

https://www.bharian.com.my/berit ... lung-ijazah-sarjana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048933 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list