CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Selangor] 30 pelajar wakili Malaysia pada WRO 2022 di Jerman

[Copy link]
Post time 14-11-2022 03:50 PM | Show all posts |Read mode

PKHARUDDIN.

Kajang: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menghantar 10 pasukan membabitkan 30 pelajar sekolah ke World Robot Olympiad 2022 (WRO 2022) International Final Germany di Dortmund, Jerman pada 17 November hingga 19 November ini.

Dalam persaingan tiga hari itu, pasukan negara akan bersaing dalam empat kategori iaitu WRO RoboMissions, RoboSports, Future Innovators dan Future Engineers menentang 349 pasukan antarabangsa.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, kemahiran robotik abad ke-21 yang ditunjukkan oleh peserta untuk melayakkan mereka ke peringkat akhir WRO yang berprestij adalah mengagumkan.


"Saya kagum melihat kualiti persembahan robot kontinjen Malaysia. Saya yakin dengan semangat, keazaman dan bakat semua pelajar ini, mereka akan sekali lagi membuat persembahan cemerlang dan membanggakan kita semua di WRO 2022 kelak.

"Saya mengucapkan selamat berjaya dan syabas kepada pelajar yang akan mewakili Malaysia ke Jerman pada tahun ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan strategik Sasbadi Holdings Berhad (Sasbadi), Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Jabatan Pendidikan Negeri, pihak sekolah, ibu bapa dan guru pembimbing yang pastinya sebagai tulang belakang kepada kejayaan pelajar hari ini.

"Bagi pihak KPM, saya berharap pelajar dan guru menggunakan peluang yang diberikan ini untuk memperoleh sebanyak mungkin pengalaman terbabit dalam pertandingan pada peringkat antarabangsa dan berkongsi pengalaman dengan pelajar dan guru apabila kembali ke sekolah nanti," katanya.

Pkharuddin berkata demikian menerusi teks ucapan pada majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Kontinjen Malaysia Ke World Robot Olympiad 2022, Dortmund, Jerman, di sini, hari ini.

Beliau diwakili Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Dr Norisah Suhaili.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM Dr Latip Muhammad selaku Ketua Delegasi Kontinjen Robotik Malaysia ke WRO 2022 dan Pengarah Urusan Kumpulan Sasbadi Holdings Berhad Law King Hui.

Sementara itu, Law berkata rekod prestasi kontinjen Malaysia sebelum ini memenangi gelaran juara keseluruhan bukan sahaja menunjukkan keupayaan mereka untuk cemerlang dalam aktiviti kokurikulum tetapi juga bakat mereka dalam menimba dan aplikasikan pengetahuan baru selain kemahiran untuk sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

"Kita mesti terus berusaha memupuk kemahiran yang dituntut oleh abad ke-21 ini, bukan sahaja melalui usaha kokurikulum tetapi juga melalui kaedah koakademik dan kurikulum," katanya.

Kontinjen Malaysia sebelum ini muncul juara keseluruhan dalam WRO sebanyak 10 kali sejak 2005 menewaskan pasukan seperti Taiwan, Rusia, Ukraine, Thailand, Jerman serta banyak kali lagi pasukan terkemuka dunia.

Sekolah yang terpilih menghantar peserta ke WRO 2022 ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat Johor, SMK Chung Hua CF Miri Sarawak, SJKC Taman Connaught Kuala Lumpur, SMK Bukit Goh Pahang, SM Sains Kota Tinggi Johor, SMK Chan Wa Negeri Sembilan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

Kontinjen Malaysia akan berlepas ke Dortmund pada 15 November 2022 dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 21 November 2022.

Pertandingan robotik antarabangsa berprestij, WRO, tidak diadakan secara fizikal sejak dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -wro-2022-di-jerman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.638564 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list