CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2158|Reply: 6

Waktu TIDO kena sakit "Pemain Bola"...

 Close [Copy link]
Post time 19-10-2010 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Korang pernah tak mengalami sakit seperti ini?

Ia agak selalu juga berlaku kepada ku...

Malam tadi aku mengambil keputusan untuk bermalam di opis,
ini adalah di sebabkan oleh berlakunya gangguan bekalan kuasa
di opis dan kawasan sekiranya.

Ia menyebabkan beberapa perkara yg harus di selesaikan tertangguh,
dan menyebabkan aku mengambil keputusan untuk bermalam di opis.

Aku tamat kerja pada pukul 9.30mlm, dan terus keluar ke medan selera berhampiran untuk makan malam. Aku berlegar-legar di beberapa buah kedai makan sambil memikirkan apa yang hendak perut ini inginkan.

Oleh kerana seharian bekerja, otakku tidak lagi dapat menerima isyarat dari perutku, malah aku tidak berasa lapar, namun perutku harus di isi kerana sebentar lagi aku harus menyiapkan kerja-kerja tertunggak ku. kerjaku harus siap sebelum pagi esok menjelma.

Aku terus duduk di sebuah meja tanpa memandang jenis makanan yang di sediakan. Dengan pantas, seorang gadis muda selaku pelayan di kedai makan tersebut mengambil pesanan ku. Aku mecapai menu hidangan, dan terus meminta nasi goreng ayam dan kopi-O-ais.

Gadis muda yg ku rasa dalam lingkungan 15 tahun memberi senyuman yag manis kepada ku. Aku tidak membalas senyumannya. Namun dalam hati aku memuji kemanisan wajah dan kecantikan tubuh badannya.

Makanan ku sampai tanpa sempatku merokok. Baru aku perasan rokok ku sudah habis. Aku cepat menghabiskan makananku. Tak sampai 5 minit aku sudah selesai menjamu makan malamku. Aku memanggil gadis tadi untuk membayar bil, dia menyuruhku membayar kepada seorang lagi gadis yang hampir seiras dengannya. tapi tubuhnya kelihatan lebih matang dari gadis tadi, mungkin dia adalah kakak kepada gadis tadi. Selesai membayar aku terus meninggalkan kedai tersebut, dan aku rasa aku tidak akan kembali lagi ke situ kerana makanannya tidak sedap.

Aku membeli sekotak Rokok DUNHILL. RM10 ku hulurkan, namun tiada lagi baki RM0.70 kerana harga rokok telah genap menjadi RM10. Syabas kerana kerajaan menaikkan harga rokok.

Aku juga sempat membeli Sebungkus kopi-O-ais untuk ku minum semasa membuat kerja nanti.

Aku duduk di depan opisku sambil menyalakan rokok. Angin kuat yang datang dari laut menyukarkan aku menghidupkan rokokku. Namun usahaku berjaya kerana aku bukanlah seorang yg gemar putus asa. Aku mennghisap rokokku sambil merasai angin segar  dari laut.

Beberapa penunggang motor singapura memandangku yang sedang menghisap rokok. Pandangan mereka tidak menyenangkan ku, segera ku habiskan rokok lalu terus masuk ke opisku.

Aku mengunci pintu opisku dari dalam. Kini keselamatan harta benda opis menjadi tanggung jawabku. Aku memastikan tiada kecuaian berlaku. Walaupun opisku di hadapan balai polis, namun masih ada risiko bahaya mengundang.

Jam sudah menunjukkan sebelas malam. Kerjaku masih tidak di usik, di hadapanku ialah skrin komputer dengan Games FarmVille. Aku menghirup Kopi-O-ais yang hampir abis. Mataku sudah mula mengantuk, aku ingin mandi namun kemalasanku mula menular.

Aku bangkit lalu menyedari kemalasanku telah mengambil alih niatku yang suci, aku dengan pantas menyiapkan kerja tertunggak ku. Seratus peratus tumpuan di berikan dan tanpa masalah mesin photostat Jem, kerja ku selesai lebih kurang 1.30 pagi.

Aku mengeluh lega. Hatiku terasa lapang. Terasa ingin merokok. Tapi malas untuk keluar dari opis. Aku tidak suka merokok di Tandas. Sepanjang aku menjadi penagih nikotin, hanya sekali aku hisap rokok di tandas, itupun kerana tidak tahan dengan bau coklat yang aku hasilkan.

Mataku rasa seperti berat. Aku mengeluarkan Pisau RAMBOO dari beg sandangku. Aku meletakkannya di bawah sofa. Aku baring di sofa sambil membelek risalah-risalah komputer. Kedinginan penghawa dingin terus membuatku terlelap.

3.30 pagi... kaki ku terasa amat sakit. Aku terjaga dari tidor. Betis kaki kananku seperti mencengkam ke dalam. Terasa kejang seluruh kaki kanan ku. Amat sakit, aku memicit kaki ku, namun tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Sakit ini aku namakan "Sakit Pemain Bola", sebab masa sekolah dulu aku selalu tgk pemain-pemain bola sekolahku mengalami kesakitan seperti ini semasa latihan. Mereka akan memaut lutut mereka sambil menjerit "kaki cramp! Kaki Cramp". Huh...Patutlah selalu kalah masa main bola.

Aku tak minat main bola. Boleh di katakan aku nie kaki bangku lah. Kalau selerberiti bola antarabangsa mcm David bckham, Roanldo, Tommy Page, Tiger wood... aku kenal la.  

Kakiku Cramp agak lama. Perlahan-lahan aku merangkak menuju ke komputer berhampiranku. Komputer di hidupkan. Google Chrome di klik dua kali lalu aku melayari Facebook.

Jam menunjukkan 4 pagi. Aku menuju ke Sofa lalu terus pengsan. Air liur membasahi sofa saat itu. Alarm berdering... 6.30 pagi. Aku bangun. Kakiku masih terasa sakit, aku mengesot kaki ku seperti si tempang menuju ke tandas. AKu mandi dan bersiap untu meneruskan kerja ku untuk hari ini.

so, ada sesapa pernah kena sakit kaki seperti aku? boleh kongsi kat sini yer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2010 04:26 PM | Show all posts
hehehe menarik cite ni...intro panjang sgt...rupanya kene cramp...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 04:37 PM | Show all posts
kaki cramp upanya...
mak ai...dah mcam novel dah..
ade bakat TT kalu nk buat novel ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:03 PM | Show all posts
kehkehkeh..pjg nya puisi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:04 PM | Show all posts
tt ni penulis citer kanak2 yer
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:04 PM | Show all posts
eh nape ek smiley kioh xkuar...?boleh bantu x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2010 05:15 PM | Show all posts
penceritaan yg bagus..........
x boring baca walaupun motip tt cuma nk ckp tt kene cramp........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.548128 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list