CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Selangor] Kadar tol 4 lebuh raya PROLINTAS turun mulai 20 Oktober

[Copy link]
Post time 13-10-2022 12:02 PM | Show all posts |Read mode

Kerajaan setuju menstruktur semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol kendalian PROLINTAS bagi mengurangkan kadar tol di lebuh raya berkenaan berkuat kuasa 20 Oktober ini. - Foto hiasan NSTP

SHAH ALAM: Kerajaan setuju menstruktur semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol kendalian PROLINTAS bagi mengurangkan kadar tol di lebuh raya berkenaan berkuat kuasa 20 Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Lebuh raya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

"Sebagai menandakan keprihatinan terhadap masalah rakyat yang berdepan masalah kenaikan kos sara hidup, kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian PROLINTAS dan mengurangkan kadar tol bagi lebuh raya terbabit.

"Ia akan berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam 20 Oktober 2022," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), hari ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... un-mulai-20-oktober
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.067554 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list