CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Misi solat di 99 masjid

[Copy link]
Post time 4-8-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode

SYUKRI (dua dari kanan) bergambar bersama pegawai Kagat selepas solat Zohor di Masjid Depot Rejimen Askar Melayu Diraja semalam. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Seorang pesara tentera melakukan pengembaraan solo dengan menunggang motosikal mengelilingi semenanjung Malaysia dan menjadikan setiap masjid sebagai lokasi persinggahan setiap waktu solat.

Syukri Ismail, 52, berkata, dia memulakan perjalanan dari Perlis dan berhasrat membuat persinggahan di 99 masjid dan mengalunkan azan di setiap masjid yang disinggahi di setiap waktu solat.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah melakukan ekspedisi berkayak kerana sukakan cabaran.


"Kali ini saya menggunakan motosikal jenis LC 125 Yamaha mengambil masa 10 hari dari Perlis hingga ke Port Dickson dan sudah singgah di 70 masjid menerusi misi yang diberi nama 'Kembara Solo Hijrah Merdeka'.

"Selepas saya tamat latihan rekrut di Port Dickson, inilah kali pertama saya sampai ke sini dan singgah di Masjid Depot Rejimen Askar Melayu Diraja waktu Zohor bersama pegawai tentera Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat)," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, solat di masjid itu membuatkan dia sebak kerana tidak pernah ke Port Dickson sejak 33 tahun lalu.

"Dalam banyak-banyak masjid yang saya singgah dan melaungkan azan, masjid inilah yang paling menyentuh perasaan saya kerana di sinilah saya bersama rakan solat terutama setiap Jumaat," kata bapa kepada tiga anak itu.

Syukri berkata, dia akan singgah di lima masjid di daerah ini sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka dan Johor.

Ketika ditanya perbelanjaannya sepanjang pengembaraan mengelilingi semenanjung Malaysia, Syukri berkata, dia tidak memerlukan belanja yang banyak.

"Saya jangkakan belanja tidak sampai RM1,000 dan berharap motosikal sentiasa dalam keadaan baik seperti sebelum ini. Doakan saya selamat.

"Mungkin berkat doa rakan-rakan dan ahli keluarga, saya selamat serta tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang perjalanan," katanya.

Menurutnya, keluarga amat memahami minatnya dalam aktiviti solo walaupun mereka ada menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatannya.

"Sejak bersara 12 tahun lalu, saya suka memenuhi masa dengan beriadah sambil beramal dan menikmati keseronokannya apabila misi tercapai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -solat-di-99-masjid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.081219 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list