CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Terengganu] 'Bawa keluar segera sisa kayu di Tasik Kenyir'

[Copy link]
Post time 16-4-2022 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Razali (dua dari kiri) menyerahkan replika cek sebanyak RM67,550 kepada Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) untuk penganjuran Hari Anugerah Kawat 2022.

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berharap sisa kayu yang hanyut di sekitar Tasik Kenyir akibat banjir luar biasa baru-baru ini, dapat dibawa keluar dengan kadar segera dari kawasan pelancongan berkenaan.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, pihaknya bimbang longgokan kayu tersebut boleh mengundang bahaya kepada pelancong sekiranya berlaku bencana seperti kepala air kerana ikatannya tidak terlalu kukuh.

"Kita masih menunggu Pejabat Perhutanan untuk kita keluarkan kerana ia ada SOP (prosedur operasi standard), jadi kita keluarkan apabila Pejabat Perhutanan beri ‘green light’ (kebenaran).

"Apa pun, kita kena keluarkan cepat sebab ikatan itu tidak kuat sangat, sekiranya ada kepala air yang agak ganas, ia boleh tercabut semula dan berbahaya kepada pelancong. Oleh itu, kita minta Jabatan Perhutanan beri keputusan segera kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian replika cek sebanyak RM67,550 kepada Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) untuk penganjuran Hari Anugerah Kawat 2022 di Primula Beach Hotel di sini pada malam Jumaat.

Program tersebut dihadiri lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi.

Menurut Razali, kerja-kerja membersihkan sisa kayu hanyut itu telah dilakukan pihak Ketengah dan longgokan tersebut diikat di sepanjang laluan dari Sungai Petang hingga ke Santuari Kelah.

“Ikatan longgokan kayu berkenaan dapat dilihat di sepanjang laluan yang dianggarkan sejauh lima kilometer,” katanya.


Bencana banjir di daerah Hulu Terengganu pada akhir Februari lalu merupakan yang terburuk dan menjejaskan banyak kediaman penduduk akibat sisa lumpur selain timbunan sisa pokok kayu yang dihanyutkan air.

Ketengah sebelum ini memaklumkan sisa-sisa kayu di kawasan Tasik Kenyir sudah dibersihkan, diikat dan diletakkan setempat sebelum kerja-kerja pengalihan dibuat.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ayu-di-Tasik-Kenyir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.045061 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list