CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1624|Reply: 1

[Selangor] Penghantar makanan maut kemalangan

[Copy link]
Post time 12-4-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan PDRM


Kuala Selangor: Seorang lelaki yang juga pekerja penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, berdekatan sebuah premis jualan kereta, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 2.30 petang yang membabitkan motosikal Honda RS-X dan SUV Proton X70.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 2.15 petang. ketika mangsa berusia 26 tahun dalam perjalanan dari Puncak Alam menghala ke Saujana Utama, Sungai Buloh.

"Tiba di lokasi, mangsa dipercayai memotong sebuah kereta di hadapannya dan secara tiba-tiba, Proton X70 yang berada di laluan bertentangan memasuki kawasan premis jualan kereta.

"Pemandu Proton X70 yang juga wanita berusia 37 tahun melakukan brek kecemasan, namun mangsa tidak sempat mengelak disebabkan SUV terbabit sudah melintang jalan.

"Mangsa kemudian merempuh bahagian kiri Proton X70 dan tercampak atas jalan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nan-maut-kemalangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 11:43 AM | Show all posts
perempuan always right
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.097250 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list