CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 1

[Terengganu] Kerajaan Terengganu mahu bincang baki hutang LPT2

[Copy link]
Post time 24-3-2022 04:07 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Samsuri semasa sidang media pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung baki hutang RM1.43 bilion yang belum dibayar kerajaan persekutuan bagi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan akan diadakan bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Putrajaya pada 28 Mac ini untuk penyediaan kertas kabinet mengenai isu hutang berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri berpandangan ia adalah suatu pendahuluan yang diambil daripada kerajaan negeri Terengganu untuk membina LPT2.

Katanya, jumlah tuntutan balik adalah sebanyak RM1.85 bilion dan kerajaan persekutuan sudah membayar balik sebanyak RM418.5 juta dalam bentuk projek sebelum ini.

"Ia membabitkan projek seperti Jalan FT3 Awana Kijal (RM118.5 juta) dan Projek Perumahan Mampu Milik (RM100 juta) dan pendahuluan tunai (RM200 juta).

"Jumlah yang masih berbaki adalah sebanyak RM1.43 billion dan baki itu sedang dirunding antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan.

"Kita (kerajaan negeri) berhasrat untuk mendapatkan bayaran balik hutang ini secara pembayaran tunai bukannya melalui pembangunan projek-projek di Terengganu," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri sudah melakukan beberapa kali sesi perbincangan dan perundingan termasuk jawapan daripada Kementerian Kewangan pada Oktober tahun lalu

"Walaupun kita sudah mendapat respon daripada pegawai di kementerian bahawa ia tidak dipertimbangkan sebagai hutang, tetapi hasil perundingan yang terbaharu, saya rasa kita ke arah untuk mencapai satu persetujuan.

"Saya tak boleh sebut lagi sehingga selesai mengadakan perbincangan terakhir pada 28 Mac ini," katanya.

Untuk rekod, jumlah sebenar yang dibiayai Kerajaan Terengganu bagi pembinaan lebuh raya itu ialah sebanyak RM1.85 bilion manakala jumlah yang sudah disalurkan semula kepada kerajaan negeri hingga Jun 2019 berjumlah RM418.5 juta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 10:18 PM | Show all posts
duit toll dpt ke sape? x pahmmm x pahammm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.068058 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list