CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kontrak syarikat pengurusan mungkin tidak disambung

[Copy link]
Post time 24-2-2022 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Kontrak syarikat pengurusan mungkin tidak disambung
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 24 Februari 2022


Tiada kebakaran baharu ditemui di tapak pelupusan sampah Pulau Burung pada ketika ini.


GEORGETOWN - Kontrak syarikat pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal kemungkinan tidak disambung selepas tamat pada 5 April ini.


Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu telah dibincangkan sebanyak dua kali dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang yang diadakan pada minggu lalu dan Rabu.


Menurutnya, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah membentangkan laporan proses penelitian penamatan kontrak syarikat berkenaan.


"Kontrak syarikat ini akan tamat pada 5 April ini. MBSP sedang menyediakan garis masa (timeline) untuk menguruskan tapak pelupusan itu secara interim sekiranya kontrak ini ditamatkan sebelum sebuah syarikat berteknologi baharu dilantik.


"Itu kedudukan terkini dan notis akan disampaikan kepada syarikat berkenaan tentang perkara ini," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di Komtar pada Khamis.


Mengulas mengenai status terkini tapak pelupusan yang terbakar pada 12 Januari lalu, Kon Yeow berkata, tiada kebakaran baharu selain tiada kawasan yang masih berasap ditemui.


"Setelah kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 1 Februari lalu yang mengambil masa selama 20 hari, tiada kebakaran baharu atau asap dikesan di tapak berkenaan.


"Kerja tambak menggunakan tanah merah masih dijalankan di tapak berkenaan. Kerja ini akan diteruskan di semua kawasan di atas tapak pelupusan tersebut," katanya.


Pada 12 Januari lalu, tapak pelupusan sampah di Jalan Byram, Nibong Tebal terbakar dalam kejadian kira-kira jam 5 petang.


Anggaran keluasan tapak pelupusan itu adalah 33 hektar namun anggaran kawasan yang terbakar berkeluasan 11 hektar.


Susulan daripada itu, kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga yang tinggal berhampiran tapak pelupusan sampah itu dipindahkan sementara atas faktor keselamatan.


Tindakan itu diambil susulan pemantauan kualiti udara di tiga lokasi iaitu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Changkat dan Dewan MPKK Kampung Kebun Baru oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati udara di kawasan itu mengandungi gas yang boleh memberi risiko kesihatan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... kin-tidak-disambung
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055454 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list