|
Mayat lelaki yang ditemui terbaring di atas bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga dipercayai terkena renjatan elektrik. FOTO IHSAN BOMBA
Alor Setar: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas bumbung sebuah rumah di Lorong Pauh, Derga dekat sini, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 38 tahun dipercayai sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas bumbung rumah berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.46 pagi.
"Kami membawa mangsa turun dengan pengusung. Pemeriksaan oleh kakitangan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
"Mayat mangsa diserah kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|