View: 453|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Warga emas ditahan sorok rokok, arak tidak bercukai bernilai RM152,717
[Copy link]
|
|
Suspek ditahan bersama 531 karton rokok (102,600 batang) dan 688 liter arak bernilai RM152,717 pada petang Rabu.
GEORGETOWN - Taktik seorang lelaki berusia 60 tahun menyimpan rokok dan arak tidak bercukai di dalam stor dan semak di belakang sebuah rumah gagal selepas dia ditahan bersama 531 karton rokok (102,600 batang) dan 688 liter arak bernilai RM152,717.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, suspek yang merupakan seorang peniaga itu ditahan ketika sedang memasak di rumah tersebut di Pantai Acheh, Balik Pulau kira-kira jam 6 petang, Rabu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki warga tempatan itu bergerak bersendirian dalam membekalkan rokok dan arak tersebut di kedai-kedai runcit berhampiran.
"Op Kontraban itu dijalankan hasil daripada risikan dan pemantauan oleh Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang selama sebulan di lokasi berkenaan.
Suspek menutup arak dan rokok tanpa cukai yang disimpan di semak belakang rumahnya menggunakan kanvas bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, kita menemui arak dan rokok di dua tempat iaitu di dalam stor dan di dalam semak di belakang rumah yang mana ia hanya ditutup dengan menggunakan kanvas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Shamsol berkata, suspek menjalankan kegiatan itu sejak enam bulan lalu.
"Ketika serbuan, tiada pergelutan berlaku antara polis dan suspek.
"Suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencingnya negatif," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-bernilai-RM152717
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|