CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 542|Reply: 1

[Pulau Pinang] PPM Wilayah Satu tahan 200 PATI dan satu warga tempatan sejak Januari

[Copy link]
Post time 15-2-2022 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-2-2022 06:33 PM

PPM Wilayah Satu tahan 200 PATI dan satu warga tempatan sejak Januari

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 15, 2022 @ 12:30pm[email protected]



GEORGETOWN: Sebanyak 50 'laluan tikus' bagi kemasukan sindiket pendatang tanpa izin (PATI) dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu ketika melakukan rondaan dan pemantauan di perairan Klang, Selangor hingga ke Hutan Melintang, Perak.


Sindiket itu juga menggunakan laluan jauh daripada pangkalan penguatkuasaan agensi, bagi elak dikesan.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim, berkata taktik itu dikesan ketika pihaknya melakukan beberapa rondaan sejak Januari lalu menerusi Operasi Khas sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, 201 warga Indonesia termasuk seorang rakyat tempatan ditahan membabitkan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Semua tangkapan dilakukan di perairan Sungai Buluh, Tanjong Karang dan Sungai Serdang, Selangor hasil kerjasama PPM serta Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (D3) Bukit Aman.

"Mereka berusia antara 21 hingga 45 tahun terdiri daripada 159 lelaki dan 42 perempuan, manakala 13 daripada mereka berperanan sebagai tekong laut dan tekong darat," katanya pada sidang media di Pejabat PPM, Batu Uban, di sini hari ini.

Menerusi operasi itu, 188 daripadanya ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63. Antara dirampas ialah empat bot dan sejumlah wang yang keseluruhannya bernilai RM900,000.

Shamsol berkata, siasatan mendapati bot dinaiki diubah suai supaya boleh memuatkan antara 100 hingga 200 penumpang dan bergerak antara jam 9 malam hingga 2 pagi tanpa menyalakan lampu.

Katanya, semua PATI dijanjikan pekerjaan di Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk perladangan dan pembantu rumah.

"Menerusi siasatan, ahli sindiket berkenaan menerima upah antara RM1,500 hingga RM2,000 daripada seorang penumpang.

"Laluan di perairan itu menjadi pilihan berikutan jaraknya antara empat hingga lima jam," katanya lagi.



Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Shamsol Kassim menunjukkan gambar tangkapan PATI dan barang rampasan pada Operasi Khas sempena Perayaan Tahun Baharu Cina pada sidang media di Batu Uban, Georgetown, hari ini. - NSTP/Mikail Ong







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2022 06:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054201 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list